28 July 2010

5 perkara pengubat hati...

Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.

Lima Perkara tersebut adalah:

1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

Sumber: Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2

HANYA KAU YANG SATU...



Ya..Allah

Sakitnya jiwa hambamu ini yang diselubungi kerinduan yang mendalam. Belum pernah sebelumnya diri ini merasakan keperitan yang sebegini rupa di dalam sebuah kerinduan. Engkau telah pinjamkan hambamu ini dengan sedikit rasa rindumu ya allah, engkau yang mengutuskan duka dan engkau juga yang mengutuskan hampa namun padamu juga diadukan, keresahan,tangisan dan resa di hati ini dan aku tahu inilah kasih dan cintamu, engkau uji hambamu dengan kedukaan dan dalam kedukaan itu engkau titipkan kesabaran dan kekuatan, aku tahu tiap yg terbaik untuku tak semuanya yg ku mahu.

Ya..Allah.

Hambamu ini malu Ya Allah kerana jatuh cinta kepada makhlukmu sedangkan dia itu juga milikmu, di dalam kekuasaanmu dan tidak akan kekal sepertimu. Engkaulah yang sentiasa kekal Ya Allah. Begitu juga cintamu sedangkan cinta makhluk itu akan hilang dibawa zaman. Jadikanlah perasan cintaku ini kepadanya semata-mata untukmu dan keranamu Ya Allah. Semoga perasan cintaku kepadanya yang Engkau tanamkan di dalam hatiku adalah untuk mendekatkan diriku kepadamu Ya Allah. Walaupun berjauhan dan sentiasa terpisah tetapi ianya adalah keranamu Ya Allah. Apabila Engkau menemukanku dengannya, bantulah kami untuk sentiasa dalam keadaan mengingatimu dan kekasihmu Rasulullah. Redhailah pertemuan kami Ya Allah. Hadirkanlah Rasulullah di setiap saat kami mengingatimu dan Rasulullah. Engkaulah kekasih kami yang sebenar Ya Allah. Begitu juga cinta kami sangat mendalam untuk kekasih abadimu Rasulullah. Maka jadikanlah kami dalam keadaan bercinta hanyalah semata-mata untuk sentiasa mencintai, mentaati dan mengingatimu serta Rasulullah.

26 July 2010

kata-kata hikmah

PESAN AKU" KITA TAK MERANCANG UNTUK GAGAL, TAPI SEKIRANYA KITA DIANUGERAHKAN KEGAGALAN,JANGANLAH SESEKALI MENYALAHKAN TAKDIR..ITU SUMER SURATAN WAT KITA UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA KITA KUAT ATAU TIDAK MENGHADAPI RINTANGAN DAN DUGAAN DARI ILAHI...REDHALAH ATAS SEGALANYA..KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA...AMINN....."

Kononnyer family day???


tersebutlah kisah,5 orang gadis pengitan yang bersiar-siar ke sungai petani..
hahaha...tah ape2 aje ayat hamba kan..erm, klu ikutkan ati, malas sangat hamba nak pergi,tapi dah mengikutkan masa dan perancangan..terpaksalah hamba menerimanya dengan sepenuh hati..

oleh sebab itu, hamba sentiasa memastikan program yang dijalankan teratur dan masa hamba sentiasa terisi ngan agenda yang tepat dan menggembirakan..
tapi bila dah balik sini, penat tak terkata la..huhuhu...