28 November 2011


" ORANG CEMERLANG ITU "

Aku terlihat
Orang cemerlang di mana-mana
Aku terdengar 
Orang cemerlang di pelusuk dunia
Aku tersua
Orang cemerlang di sini sana.
 
Orang cemerlang
Hidupnya waras berimbang
Tiada rasa gusar bimbang
Apa lagi berhati walang
Ke mana pergi fikirnya segar
Berkembang
 
Orang cemerlang
Hatinya bersih jiwanya lembut
Tiada bisa dibibir mulut
Kerja ikhlas bukan pak turut
Bahu memikul tangan bersambut
Fikirannya tenang tidak berserabut
Semangatnya cekal rapat bertaut
 
Orang cemerlang
Sekali melangkah tidak kebelakang
Walaupun dikritik atau dibangkang
Walaupun terima surat layang
Sekali ia berjuang ia tetap berjuang
 
Orang cemerlang
Hidup berdikari teguh jati diri
Tetap pada janji tidak sekali mungkiri
Berkata benar tidak bersembunyi
Jauh sekali menyakiti hati.
Walaupun ia dicemburui
 
Orang cemerlang
Kerjanya bersungguh-sungguh
Arahan dan etika sentiasa dipatuh
Pegangan dan prinsip tetap teguh dan utuh
Digodam dihentam tidakkan rapuh
 
Orang cemerlang
Hidupnya penuh makna
Tidak dibuai mimpi lena
Bukan bodek sini bodek sana
Tidak juga terpesona
Kilauan emas mahupun permata
Atau
Manis madu racun berbisa
Yang menghancurkan diri
Dan nilai luhur manusiawi
 
Orang cemerlang
Tidak lupa tikar sembahyang
Tidak lepak-lepak jarang sembang-sembang
Sayang masa dan wang terbuang-buang
 
Orang cemerlang 
itu pakaiannya takwa
Bijak menolak dosa
Pintar menyerap pahala
Hatinya sentiasa redha
Juru auditnya pesuruh di bahu kiri dan kanan
Jadi perhati pada Allah semesta alam
 Orang cemerlang
Tidak lupa jasa dan pengorbanan
Mahupun ibu bapa saudara pun bukan
Sering ingat budi dan jasa orang sepanjang zaman
 
Orang cemerlang
Ingin menggapai awan gemilang
Ingin mendaki puncak terbilang
Nan...
Di sini di kau dijulang
Kerana jasa dan bakti yang kau sumbang
 
Orang cemerlang
Tidak kenal putus asa
Biar pahit getir melanda
Ganjaran dan balasan bukan dipinta
Cuma...
Ia mahu hidup sejahtera
Syukur nikmat dari yang Esa.
Coretan orang bijak pandai

No comments: