29 December 2011

APA ITU LELAKI YANG SEBENARNYA??

Once upon a time…. like story bed kan.. hehehhe…today I nak cerita tentang rahsia hati… mcm tajuk entry ni la…mengenai lelaki...erm, susah sebenarnya nak bercerita di blog berbanding cakap di mulut. Aku mulakan apa yang aku maksudkan.. ni sume kisah lelaki yang pernah aku kenali… tentang lelaki yang patut aku percayai kejujurannya… kisah lelaki yang aku ceritakan adalah bakal teman lelaki , teman lelaki, dan bekas teman lelaki..orang kata aku ni pemilih orangnya..high taste. Nak yang sempurna n etc. betoi ka aku lagu tu?? Tah ler, mungkin ya dan mungkin jugak tak kan..tak kan aku nak iakan aje ape yang org cakap kalau aku memang bukan macam tu… 

maka, ikutilah ceritaku ini......

KISAH PERTAMA Cinta aku dengan seorang businessman (partime) + pekerja swasta. Time ni aku baru blajar n dok umah sewa. Aku kenali dia mase beli barang yang dia jual..mungkin selalu bertemu buat aku n dia mula saling menyukai…terputus semasa aku praktikal kerja.. faktor berjauhan jadi penyebab. Dia punya teman lain di sisi… lalu kitorang putus… ye sebab tu result sem aku jatuh menjunam. Wajarkah aku jadi begitu???tergoda sangatkah sampai leh trok gitu deh..ish..ish.. 

KISAH KEDUA Cinta swasta..pas tamat belajar, aku trus keje swasta (nama tempat terpakse dirahsiakan). Mase tu aku knal si F. budak lagi..beza kitorang dalam 3 tahun..mungkin waktu tu aku mude n muke lak macam budak2 sket.. cute n comey..hahhaha..perasan kan..tapi memang gitu la orang kat tempat tu selalu ckp kat aku..hehe..best kan jadi budak comel.. aku tak suke pun pada budak tu..yang wujud dalam ati aku cuma just feeling kesian + simpati kat dia..dah die suke sangat kat aku..aku layankan aje la..tapi memang kan, hubungan cam tu takkan berakhir ngan kebahagiaan…jadi ngan relanya aku putus ngan die… tapi kawan balik after a few months n lastly relationship tu memang tak dapat diselamatkan lagi..i tak rela u..heheh… 

KISAH KETIGA Yang ni memang sampai skang aku kecewa abis.. faktor kawan baik aku yang suggest lastly aku merana sampai sekarang.. buat ati aku ilang kepercayaan pada lelaki..huhuhu..nak nangis…pantang dengar lagu kaer-izinkan ku pergi, mesti aku tangkap leleh air mate. Knape? Sebab die bagi lagu ni mase aku break ngan die...sebak gile..nape die sampai ati menduakan aku…aku terima die ngan sepenuh hati dan seikhlasnya, tapi itu ketentuan Ilahi…Kun fayakun..maka, terputuih la ikatan kasih aku n die..sebak siot bile dikenangkan.. kawan aku kata aku pendendam..huhu… tak ikhlas memaafkan die dan orang ketiga yang wujud antara kami… erm,sebut pasal orang ketiga, die dah pun kawin tapi, bukan ngan my X.. wif another man..mungkin cinta sejati die. Tapi lantaran mereka telah menganiaya aku, hubungan mereka tidak berkekalan.. wajarkah aku menyenanginya?? Tapi sebenarnya, tak pernah terlintas di hati aku utk doakan mereka berpisah, tapi mungkin Ilahi lebih Mengetahuinya..aku ikhlas menerima ketentuannya… 

KISAH KEEMPAT Mungkin itu dikatakan teman tapi mesra..mungkin dulu aku penah rapat tapi sampai sekarang masih rapat tapi tak wujud rasa cinta. Dia ngn aku masih berjumpa, dating dan bersahabat… hanya sekadar teman. Dia pun dah ade gefren skang ni…aku??? 

KISAH KELIMA Dia aku kenali dalam internet…bukan cinta pun..sekadar berteman..bercerita dan menyembang.. rupe2nye dia pancing aku untuk aku masuk MLM. Fuhh, memang terkena abis..tak ekhlas langsung..skit gak hati aku pasai tu..tapi mujur iman aku kuat untuk tidak terpengaruh..kental giler la..hahhaa… lastly nyer die terperangkap ngan life die..terpesong dalam bisnes..kehendak Ilahi sumenyer tu..tapi tak tau la, die redha ke tak lepas kes tu. 

KISAH KEENAM Lagik trok..memang tak bleh percaye langsung..aku knal kat internet gak..kebetulan same daerah. Staf K gak cam aku… 1st date ok aje..sembang, makan mcm bese… 2nd time kuar lak after date, die anto ak kat umah sewa (membe aku nye umah,aku tompang aje). B4 kuar kete die nak salam ngan aku, aik, biar benar ni..aku pun cakap “tk payah salam pun kite stil kwn kan”… after that, pas blek, die mesej aku… “awak ni baik sangat ke sampai tanak salam ngan lelaki??... aahhh, mungkin aku tersalah tafsir tentang itu..menganggap, semuanya tulus untuk bersahabat.. tapi salah kah aku untuk cuba menitik beratkan islam dalam pergaulan…so, after that aku trus senyapkan diri bile die contact kembali… 

Soooo, sampai sekarang aku jadi allergic dengan lelaki..
salahkah diriku untuk menjaga keaiban diri, kehormatan diri 
dan kehormatan agamaku sendiri? 
Sudah kurangkah lelaki yang wujud bersifatkan islam dalam dirinya?
atau sekadar islam pada nama? 
Masih adakah jodoh yang baik untuk ku KAU utuskan 
buatku YA RABBI?


= T + E + R + K + I + L + A + N =
H + A + T + I
D + A + N 
......P = E = R = A = S = A = A = N......

18 December 2011

Pesanan Syeikh Abdul Qadir Jailani

ASSALAMUALAIKUM W.R.B.
hari ni nak berkongsi sedikit ilmu......yang saya ambil dari dari posted Al Bukhari di facebook.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


JADI JANGANLAH BERTANGGAPAN YANG TIDAK BAIK PADA SEMUA ORANG....SEKIAN.....

04 December 2011

~1st time~

ceriter ini tentang aku..
hehhee..
nnt la sambung..nak berangan kejap...huahua...