31 December 2012

kisah akhir......

Assalamu'alaikum wrb....

Lately jarang sangat bercerita…meng ‘komplen’, membebel…etc… wah mcm2 yer.. bukan tak rindu untuk menaip, tapi aku terlalu busy buat kerja orang lain. Apa maksud nyer tu… ko dah takde keje sendiri ke nak buat sampai tahap buat kerja orang lain..free sangat ke masa tu…dah tu nape tak update blog… hohoho..statement… memacam…  apa yang nak diceritakan pun masih dalam kekeliruan lagi.. apa pun, Alhamdulillah kesihatan ini terjaga dengan rapinya… walaupun awal bulan aritu demam yang teruk.. tapi takper, itu adalah kemaafan kecil yang aku terima..kesedaran agar tidak lupa… tidak alpa… tidak bermegah-megahan… maksudnya??? Pikir2 kan ye…
Alhamdullillah, bersyukur lagi aku…
Dah hampir penghujung tahun 2012… 
Tinggal beberapa jam jer lagi…dah nak masuk tahun 2013… banyak kenangan, pengalaman, pengetahuan dan segala perit dan dukacitanya hati ini telah dialami.. bukan takat hati, jiwa dan fizikal turut menerima habuannya.. bercerita tentang pengakhiran 2012 nie, banyak sebenarnya cerita dan kisah yang tidak aku update… semuanya hanya terlintas di dalam akal… ttapi tetap tidak diterjemahkan di dalam blog.. bukan untuk orang lain pon..untuk kenangan akan datang…untuk bacaan kisah2 kehidupan..
Adat manusia, mudah lupa,alpa…
Dalam tempoh hampir tamat tahun ini… aku dah nak menamatkan usia 27 tahun… ooohhhh, tidaaaakkk… dalam tempoh ini, aku masih bersendirian tanpa ditemani teman hidup??? Hohoho… kenapa yaa? Aku sendiri ngaak ketahuan… relevankah ini? Memang ar masih ramai yang kawin di usia lewat.. tapi aku mahu terkecuali dari itu… erm, mesti ada sebabnya kan… maybe, one day that will come true… I’m really hope for that…
Kerja….teeettttt… masih di sini.. masih tiada perubahan.. sambung…sambung dan terus bersambung…. Adakah nexyear is mine?? Harapan….. sangat2 diperlukan..moga hati ini tenteram… jika itu yang dijanjikan, insyaAllah….
Kereta?? Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin baik… tetapi disebabkan bantuan Brim untuk my father (xde fmly baru lg)… so tak boleh bayar muka ar..hikhik..boleh plak macam tu kan..idak aih…bukan ape, xnak menyusahkan diri yang memang sedia dah susah ni.. ngan hutang pt lagi..yang cuma cukup untuk teruskan life mcm biasa.. tapi ok jer… kete abah kan ada… pakai jer ar..cume kdg2 sis pakai kena la nek motor..oh ye, sejak bulan 4, aku dah tak pakai moto g keje..abah tak bape bagi…sebab???... sering sakit agaknya…
Travel.. pergh banyak la..tapi asenye sama je banyaknyer tu macam tahun2 sebelum tu… ok la,, fair n square.. tahun ni ada gi pulau perhentian, ada gi Singapore, ada balik kampong (langkawi), ada g kl, ada g n.9 (itw je)..alhamdulillah… banyak gak berjalan tahun ni..banyak kenangan, baik yang bahagia, sedih, kecewa…
Apa pun yang terjadi… semuanya untuk kegunaan akan datang.. sekarang mungkin tak nampak kebenarannya, a few month comes, or few years… we still don’t know what will happen soon… just prepared that we always standby for that.. for what?? Still soon….hihihi.. takut tak… cam suspen plak..
Walau apapun yang terjadi, jangan menyesal… semuanya bermula dari detik hati itu, yakin atau tidak…kita yang menentukan… jadi, itulah langkah kita… accept it…
Semoga hari yang mendatang, peluang itu terbuka luas lagi…..

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku

Maafkan kamu

Tak perlu kau sebut namaku ….

Semoga aku jua, dimaafkan dari semuanya…..maafkan saya ya….
           0-0 yer....
selamat tahun baru... 2013

 

04 November 2012

Pilih Kasih....

Assalamu'alaikum wr wb.
۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩ 

hati mana yang tak sedih lihat diri sentiasa dikurangkan...dilontarkan..dikecewakan...
perit..sakit...sedih... semuanya rasa.... puas dipikirkan kenapa aku?? mesti..wajib..patut... ikut jer.. apa yang dorang nak..tapi hati aku...pilihan aku mcmner?? tak bolehkah bagi ruang untuk aku cakap tak???

cerita aku lebih kurang gini gak... 

http://komuniti.iluvislam.com/topic/5539-tertekan-kerana-keluarga-pilih-kasih-apa-nak-buat/

Hmm, setiap sistem yang sempurna dan mantap adalah terdiri dari komponen2 yang saling bantu-membantu menjalankan tugas masing2... 

16 October 2012

IKhLaS LeBiH HeBaT DaRi TaUFaN

Assalamu'alaikum wrb
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

 copy paste 

-->
srikandi mujahid
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah


Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini,diperingkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap,tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair.Lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi,dengan itu dataran bumi menjadi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk.

Setelah itu malikat bertanya kepada Allah s.w.t,selain dari gunung-ganang,batu yang pejal itu,masih adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-bata pejal?Allah s.w.t memberitahu malaikat,bahawa selain dari batu ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi.

Besi mempunyai sifat yang sangat keras mengatasi kekerasan batu,kerana itu manusia mencipta berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuh gunung-ganang batu hancur lumat.
Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t,apakah makhluk yang lebih kuat dari besi?Allah s.w.t memberitahui malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi kepejalan besi.Dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada TUhan apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api?Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api,terbukti air mampu memadam api.
Malaikat terus bertanya,apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan api?Lalu Allah s.w.t memberitahu malaikatNya,sesungguhnya angina adalah makhluk Tuhan yang lebih kuat dari air.Sebab itu bila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan,ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri dataran,melanda dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan angina tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu?Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut diatas.Dia aialah seorang yang bersedekah secara senyap,sehingga apabila tangan kanan menghulur,tangan kirinya tidak mengetahui.

Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata,dia merahsiakan dari pengetahuan orang,dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.
Orang yang bersedekah secara rahsia ialah orang yang tidak suka kepada publisiti murahan seperti yang sering berlaku kepada masyarakat kini,apabila mereka menderma suka menunjuk-ninjuk.Mereka cipta replica cek berukuran besar untuk dipamerkan dikhalayak ramai,sama ada melalui siaran akhbar atau tv tujuannya tidak lain dan tidak lain hendak berbangga dengan riak.
Allah s.w.t menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah,adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan itu.

Orang yang mampu merahsiakan perbuatan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang berjaya mengawal keikhlasan hati dari godaan syaitan,kerana syaitan makhluk Tuhan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan merosakkan amalam mereka,agar iblis tidak keseorangan didalam api neraka kelak.


beri HATIMU hanya untk ALLAH,pasti ALLAH temukan pdmu pemilik HATI terbaik,hamparkan MASAMU seluasnya hanya ntok ALLAH,pasti ALLAH aturkan KHIDUPANMU dgn baik....

“Tengoklah Bintang Itu Andai Rindu ….” | iluvislam.com discover the beauty of islam


Assalamu'alaikum wrb
۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩


07 October 2012

SINIS AJER KAN....

Assal۩amu'alaikum wr wb.
 ۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞



02 October 2012

DARAH KITA MILIK KITA....

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
 Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.




P/S: AKU SENDIRI PON TAK SURE AKU DARAH APE SEBENARNYE...HIKHIK..SEBAB MASA SEKOLAH DULU CUKUP TAKUT NAK CUCUK JARI UTK KENAL DARAH JENIS APE..SEKARANG PON SAME GAK.HEHEHE...:)

MALAS???? OH TIDAK!!!!!

Pasti semua manusia pernah merasakan penyakit mental yang satu ini.  Tapi yang namanya penyakit pasti bisa di cegah dan di sembuhkan sesuai dengan sunnatullah. Nah disini, aku menyampaikan sedikit tips bagaimana mencegah penyakit mental yang menyebalkan ini datang. Ingat! Mencegah lebih baik daripada mengubati!


Beberapa hal yang perlu kamu lakukan agar si malas tiada di kepalamu:

1.Mengamalkan beberapa sunnah Rasulullah shallallaahu ‘alahi wa sallam setiap bangun tidur

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallaahu ‘alahi wa sallam bersabda
“Setan itu akan mengikat tengkuk salah seorang dari engkau yang tengah tidur dengan tiga ikatan sehingga engkau tidur semalaman. Apabila salah seorang dari engkau bangun dan menyebut nama Allah, maka lepaslah ikatan pertama. Lalu apabila ia berwudu, maka lepaslah ikatan yang kedua. Dan apabila diteruskan dengan shalat, maka lepaslah ikatan yang ketiga, sehingga ia akan bersemangat dan berhati jernih. Kalau tidak maka hatinya akan kusut dan malas”
Jadi, ketika bangun tidur biasakanlah berdoa dan disunnahkan mengusap muka, setelah itu di anjurkan sekali untuk bersiwak atau menggosok gigi dan dilanjutkan dengan berwudhu. Lakukanlah shalat dua raka’at setelahnya, bisa shalat sunnah tahajjud (jika belum masuk waktu subuh), shalat sunnah fajar (jika telah mendengar suara azan) atau bahkan shalat subuh (jika telah ketinggalan shalat berjamaah dimasjid. Caution! Jangan biasakan ketinggalan shalat subuh berjemaah karena dijamin kamu bakal rugi!!! Coba aja cek hadits keutamaan shalat subuh berjamaah).

2.Membuat perencanaan hari ini

Dengan membuat rencana atau targetan harian, kamu bisa memfokuskan kegiatan apa saja yang akan kamu lakukan pada hari ini, sehingga kamu bisa memperkirakan pada jam-jam berapakah kamu mesti melakukan sedikit break atau istirahat untuk menghilangkan rasa jenuh dan kantuk. kamu bisa membuat schedule yang jelas dengan waktunya, atau setidaknya kamu bisa membuat sebuah catatan List to do. Ada baiknya jika kamu mempunyai visi atau tujuan hidup yang telah dituliskan sebelumnya, jadi kamu bisa melihat catatan itu kembali untuk meningkatkan semangat dalam mencapainya dan menjadi panduan untuk menentukan apa saja yang akan dikerjakan hari ini. Jika kamu belum mempunyai dan belum menuliskan tujuan hidup yang jelas, maka tuliskanlah sekarang!

3.Selalu disiplin!

Kebiasaan menunda-nunda pekerjaan meskipun itu hanya pekerjaan sepele seperti mengambil segelas air, bisa memicu munculnya penyakit malas ini, meskipun kamu hanya menunda satu menit! Ingatlah untuk selalu disiplin dan kerjakan saat ini juga

4.It’s time to break

Selalu sisihkan waktumu untuk istirahat di sela-sela kegiatanmu dan sangat di anjurkan sekali waktu untuk istirahat ini tidak lebih dari setengah jam. Kecuali jika semua pekerjaanmu telah selesai dan tidak ada lagi yang akan dikerjakan. Gunakanlah waktu istirahat ini untuk melakukan hobimu, seperti mendengar musik, membaca buku, minum teh, berbincang-bincang dsb. Intinya gunakanlah waktu istirahat ini dengan hal-hal yang membuatmu nyaman dan merasa semangat kembali. Jika waktu istirahat habis, segeralah untuk kembali melanjutkan pekerjaanmu!

5.Senangi pekerjaanmu

Pekerjaan yang membosankan atau melelahkan pastinya lebih mudah untuk membuatmu merasa jenuh. Jika itu terjadi, lakukanlah balas dendam dengan segera setiap kamu selesai mengerjakannya dengan beristirahat seperti tips nomor empat. Tapi, sebelumnya kamu bisa mencegah rasa jenuh itu datang atau setidaknya memperlambat kedatangannya dengan menyenangi pekerjaan atau aktivitas yang sedang kamu lakukan. Jadilah kreatif untuk membuat pekerjaanmu semakin menyenangkan dan tidak monoton.

Dengan mencoba melakukan beberapa hal diatas, insya Allah rasa malas itu tidak mampir di sela-sela kesibukanmu. Selalu biasakan untuk berdoa, meminta perlindungan kepada Allah dari setan yang menyebabkan rasa malas itu datang dan tetap SEMANGAT!!!





Nb: Share tulisan ini untuk berbagi dengan teman-teman yang lain dan insya Allah berpahala jika kamu ikhlas atau abaikan saja.

sabor deh!!!!

Assalamu'alaikum wrb
۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩ 


Jika seorang datang membuat kita kecewa,
maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar..
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan,
itu menunjukkan kita sedang belajar utk membina sikap tidak terlalu mengharap.

*setiap yg berlaku...ada hikmah nya



" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-[Al-Baqarah:286 ]-

<<< Pasal single >>>

Assalamu'alaikum wrb.
۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩


JAWAPAN Jika Ditanya Tentang Perkahwinan ..

KENAPA LAMBAT? = Krn ALLAH tahu MASA TERBAIK untukku.

SUDAH DIMILIKI? = YA.. Krn setiap org telah ditetapkan jodoh masing2.

SIAPA? = Nanti Allah akan perkenalkan kpd semua,

BILA? = Bila kami sudah disatukan.. InsyaALLAH jemput datang ke Walimatul urusku nanti :)

P/S: Jgnlah selalu bertanya bila orang tu mahu berkahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tgn ALLAH SWT...
Sampai masa ALLAH SWT  akan membongkarkannya..

* Jangan di tanye.... *
^___^ 




05 September 2012

•*""*•.¸❤Assalamu'alaikum wr wb.❤¸.•*"*• 

۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

salam syawal 1433h...
lame tak borak panjang dalam nie..bukan tak nak menaip, 
tapi asik terlupe ajer.. klo tgh drive tu ade je idea...
tp klu dh depan pc, blur plak... tak per la kan...
 ni nk update pic mase hari raya aidilfitri yang pertama.....


dari kiri: i, abah,mak & dek'a....

senyum senget2....

nie pon hasil setelah di edit... al maklum la, hp idak ler canggih sangat kan...hikhik..(o___O)
kire ok la ni kan...


* tudung tu beli kat pasar kemboja, parit buntar, perak...
*untuk baju raye plak beli kain pasang kat pasar kemboja, pekan , pahang..
jadi ar..saya nyer bajet raye rendah je kosting nye...

jaoh2 kan saya shopping rayer.....
~ hehehe..(^__^) ~

27 August 2012




•*""*•.¸❤Assalamu'alaikum wr wb.❤¸.•*"*• 
۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩





hai semua....
mungkin agak lambat untuk mengucapkannya..tapi syawal kan sebulan..
hehehe...
jadi aku nak ucapkan  
" salam aidilfitri dan salam kemerdekaan yang ke 55-tahun.."
semoga kita semua beroleh kebaikan dan rahmat-Nya..
InsyaAllah....



23 July 2012

TERIMBAU MEMORI.....

Assalamualaikum wrb..
salam ramadhan....

lame dah tak menulis... mungkin tiada idea or mgkin hanya memendam rasa....
sukar nak terima bila kita di tengah2 haluan... menerima atau menolak..
banyak perkara yang perlu difikirkan..
banyak benda yang perlu dipertimbangkan...
kadang2 aku terfikir, mengapa mudah bagi mereka menerima dan menolak segalanya...
tetapi tidak pada aku...
keterlaluan aku rasanya.. terlalu ambil berat pada yang tidak2...
kenapa...
payah sangat??

28 June 2012

Madagascar 3 : Europe's Most Wanted

tengok iklan kat tv pun dah cukup menerujakan aku utk tgk cter ni..walaupun agak lambat tgk, tapi takper dari tak tgk lgsg kan... memang best.. tak dapat gambarkan cerita ni cukup menghiburkan ati aku yang lara ni..ecewah... macam ngah sedih aje bunyik nye kan... alaa, bese la..klo tak jiwa2, bukn cik nor la kn...

tapi fully that story memang kelakar abisss... puas aku gelak2 dalam wayang tu..hikhik...


*****
5 bintang ar bagi... (^^)

24 June 2012

TELADAN- kelapa tua.....

Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak. Tapi yang kholisnya. Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak . Tapi yang murni lagi ikhlas. Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas. Itulah yang Allah redha. Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas. Allah tolak sahaja. Bahkan akan dilempar ke muka kita. Beribadahlah dengan jiwa yang selamat. Berkorbanlah dengan hati yang murni. Berjuanglah dengan hati yang ikhlas. Kerana yang menerimanya Allah Taala. Yang akan memberi pahalanya Dia juga. Bukan manusia. Periksalah hati selalu. Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

Kelapa tua. 

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!