26 April 2012

ulangtahun saya.....

alhamdulillah....selama hidup ini banyak pengalaman dan ilmu yang aku dapat...
semoga aku lebih kuat selepas ini... lebih tabah... lebih ikhlas.....
insyaAllah.... semoga dipermudahkan...

selamat ulangtahun yang ke 27 tahun yer Cik Norkholijah Binti Md Darus......

12 April 2012

Nota2!!!

Pesan....

Sesungguhnya apabila badan sakit..
Maka makan dan minum sulit untuk tertelan,
Istirahat dan tidur juga tidak nyaman.
Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia
maka nasihat susah untuk memasukinya.

-[ Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’) ]-




Hak cipta adalah terpelihara.
writing by:- Miss Nor

nota!!!!

p/s: semoga sama2 kita membaca.....

11 April 2012

Lagu Kosong -Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

p/s: comel dan sangat2....

04 April 2012

Bercuti itu banyak rasanya…




Kenapa?
Mesti ada sebab kan kenapa aku cakap macam tu kan.. oh ye sebelum aku mulakan cerita itu, aku nak perkenalkan bahasa terbaru dalam blog ni.. bahasa apa ya??? Tak paham ke.. nak bahasakan diri ajer. tak paham gak...tak per la..lupe kan... forget it!!!!....

        Berbalik pada cerita aku tentang tajuk di atas…( sila pandang atas sebentar)… nak cerita tentang pengalaman aku di kepulauan ataupun perairan lautan Pulau Perhentian , Terengganu kiter…. Pengalaman yang tak mungkin aku akan dapat lagi.mungkin ni sekali dalam seumur hidup, insyaAllah kalau umur panjang memang aku nak pergi lagi ke Pulau tersebut.. sebab paling utama, pulau itu terlalu indah pemandangannya. Alam yang diciptakan Allah SWT untuk kita sama2 nikmatinya.

        Sebenarnya aku nak cerita tentang trip tersebut tapi ada satu cerita yang lebih penting untuk aku kongsikan dari pengalaman pergi ke sana.. cerita tentang pengalaman yang tak semua orang lain akan dapat sama. Kalau pun sama mungkin secara kebetulan atau itu adalah persamaan yang Ilahi ciptakan.
Cerita tak mula pun lagik kan..haha..banyak komen plak.. begini, malam kedua di sana… eh2, blom boleh lagik la..cerita tentang watak dulu la yer…

Watak utama – pian ( bot man pertama jumpa, sebab dia yang bawak masa 1st gi pulau tu.. baru berusia 21 tahun. )

Watak kedua – iwan ( bot man yang kenal sebab dia membe pian. Ikut kitorang masa gi coral view dorang berlatih bola tampar pantai. Same jer usia dorang.masih muda lagik dalam hitungan aku …)

         Ombak memukul pantai dengan derasnya.. angin sejuk… seolah-olah malam itu punya rencana tersembunyi.. laut begitu bergelora.. kilat menyabung..guruh berdentum tak henti… mungkin kalau di daratan kita tahu itu petanda hari mau hujan.. tetapi bagi hdupan di lautan atau kepulauan…seakan2 musim tengkujuh sedang berlaku…atau musim air boh…apa tu? Banjir la..hehe…tggal beberapa hari di sana buat aku pandai bercakap dalam loghat Kelantan dan Terengganu…

Malam itu, pian bawak kitorang ke long beach… a social beach..maybe..dorang yang cakap.. ala2 pantai cenang di langkawi..penuh meriah dengan pelancong2 dari barat. Yang sentiasa berhibur. Mungkin itu satu persembahan yang menarik di sana. Kami menaiki bot besar… kepunyaan kawan pian dan iwan. Semasa menunggu kawan dia, aku lihat langit gelap.. cahaya memancar dalam kegelapan.. mungkin cuaca tidak berapa baik.. cahaya bulan tiada..gelap sahaja.. itu cuma kilat biasa aku lihat…tiada rasa apa2, Cuma agak ketakutan kerana belum pernah menaiki bot atau feri pada waktu malam.. walaupun aku pernah tinggal di pulau berbelas tahun tetapi tidak sama rasanya seperti ini.. takut itu tetap ada..tambahan pula malam itu kami tidak memakai jeket keselamatan.

Tapi mereka biasa sahaja. Jadi aku juga perlu membiasakan diri.. setelah kawan dia sampai kami bergerak menuju ke coral bay kerana laut yang bergelora tidak mengizinkan untuk terus ke long beach. Jadi kami perlu berjalan selama 15 minit merentasi bukit untuk ke sana. Seperti jungle trekking malam hari… sampai di sana ( long beach) suasana memang meriah..cantik..punya api2 yang dipasang di pantai di setiap restoran untuk tarikan pelancong ke kedai mereka.. tarikan yang begitu mengujakan tetapi arak dijadikan sajian utama mereka… cantik tapi haram..huhuhuhu… 

kami dinner di sebuah kedai…berborak…bercerita… bergambar…  balik…. 

Dalam perjalanan menyusuri pantai untuk ke bot, ombak tetap menghempas pantai dengan begitu kuat.. perasaan takut datang kembali.. kata pian, dia dah parking botnya di pantai itu.. tetapi kawan kata tak nak naik sebab terasa tidak selamat menaiki bot kecil itu dengan keadaan lautan sebegitu.. jadi pian rancang kami ke jeti untuk menunggu kawannya membawa bot besar… sampai di jeti, bintang2 cerah di langit dan banyak sekali..tetapi lautan tetap begitu.. telefon pian berdering “rumah terbakar..habis semua”…  hati mula tidak sedap.. terasa sesuatu yang buruk itu kembali lagi.. dia dan iwan tggalkan kami..mereka balik menaiki bot dengan keadaan laut sebegitu..

hampir sejam lebih menunggu , iwan datang menaiki bot yang sama… fuh, hanya tuhan yang tahu perasaan ketika itu.. menaiki bot kecil, tidak memakai jeket keselamatan..memang nyawa aku bagai di hujung tanduk… semasa merentasi lautan itu…aku berselawat tidak henti..terasa  kerdilnya diri ini berbanding dengan kekuasaan Ilahi… bagaikan terbayang2 watak2 nelayan yang mencari rezeki ketika itu..perasaan orang yang tinggal di kepulauan mencari rezeki dengan hasil lautan… terbayang keadaan pian yang tengah kecewa, sedih dan ketakutan dengan perkara yang menimpanya… air membasahi seluruh baju aku .. ombak yang tinggi menyukarkan perjalanan yang memakan masa lima minit menjadi setengah jam..memang mencabar…sesampainya di pantai, alhamdulillah….. 

kami menuju ke rumah pian..mujur rumahnya berhampiran dengan homestay kami.. musnah terus.. mujur adiknya selamat yang tinggal seorangan di bilik dan sedang tidur… mereka sekeluarga 9 orang tinggal sehelai sepinggang.. 2buah rumah bersama jiran sebelah.. ujian itu memang berat di mata aku …tetapi betapa berat mata memandang, pasti lagi berat bahu yang memikul bebannya itu.. tetapi kata pian “benda dah jadi, kena pandang ke hadapan. Teruskan hidup”… memang memotivasikan aku … pulang ke homestay… punya sedikit problem..biar aku simpan sendiri….

Esoknya.. pakcik tnb bercerita.. “abis umah aku..abis umah aku….. mu takleh rgoyak gitu…ini harta Dia..dia nak ambil bila masa pun boleh..mu pinjam saja… 90% dari penyelidikan adalah litar pintas.” Sambil mengangkat tangan dan berdoa “ semoga dengan bantuan ini dapat meringankan keluarga mangsa dan semoga Allah SWT merahmati dan melimpahkan rezeki yang lebih buat semua, InsyaAllah…aminnn..”… Mungkin kilat malam tadi ( yang aku lihat dari dalam bot)…itu lah perasaan itu sudah ada, tetapi sebagai manusia aku cuma boleh rasa tetapi aku tetap tidak tahu apa yang bakal terjadi…itulah rahsia Ilahi… Maha Berkuasa atas segalanya…

Itu semua pengalaman dan cerita untuk aku jadikan ingatan dalam meniti tiap2 perjalanan ini… semoga ilmu ini aku dapat jadikan pedoman agar tidak alpa dengan dunia… semoga pian sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.. Tuhan itu tidak akan menguji umatnya sekiranya mereka tidak mampu..itulah tanda sayang pada makhluk-Nya …

Biar mereka kata…

Biar mereka rasa…

Hidup ini bukan mereka punya..

Mereka juga hanya sementara….




PEDOMAN UNTUK IKTIBAR
  • Jangan buruk sangka pada orang lain.( ‘don’t judge book by it’s cover)
  • Harta ini… nyawa ini… segalanya hanya sekadar pinjaman… Milik Dia sepenuhnya…
  • Setiap kejadian itu ada baik dan buruknya….
  • Jangan berjimat pada yang tidak patut.(rajin bersedekah)
  • Kuatkan jati diri, redha, ikhlas…dan sebagainya…..
Sekian terima kasih…. ( nanti baru cerita pengalaman main snorkling di lautan biru yaa...)

aku....maafkan...kamu....


Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku

Maafkan kamu

Tak perlu kau sebut namaku ….

(~__~)