28 June 2012

Madagascar 3 : Europe's Most Wanted

tengok iklan kat tv pun dah cukup menerujakan aku utk tgk cter ni..walaupun agak lambat tgk, tapi takper dari tak tgk lgsg kan... memang best.. tak dapat gambarkan cerita ni cukup menghiburkan ati aku yang lara ni..ecewah... macam ngah sedih aje bunyik nye kan... alaa, bese la..klo tak jiwa2, bukn cik nor la kn...

tapi fully that story memang kelakar abisss... puas aku gelak2 dalam wayang tu..hikhik...


*****
5 bintang ar bagi... (^^)

24 June 2012

TELADAN- kelapa tua.....

Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak. Tapi yang kholisnya. Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak . Tapi yang murni lagi ikhlas. Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas. Itulah yang Allah redha. Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas. Allah tolak sahaja. Bahkan akan dilempar ke muka kita. Beribadahlah dengan jiwa yang selamat. Berkorbanlah dengan hati yang murni. Berjuanglah dengan hati yang ikhlas. Kerana yang menerimanya Allah Taala. Yang akan memberi pahalanya Dia juga. Bukan manusia. Periksalah hati selalu. Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

Kelapa tua. 

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!
 26 APRIL 1985
5 SYA'ABAN 1405

Kini dah hampir genap usia ku 27 tahun.....
hari berganti hari...
bulan berganti bulan...
dan tahun berganti....
semoga setiap langkah dalam perjalanan di kehidupan ini
ada kebaikan yang telah aku lakukan...
moga ada rahmat telah aku peroleh..
aku berharap sangat-sangat.....
insyaAllah....
ameen Ya Rabbal Alamin....


(^^)

Kelebihan Bulan Syaaban


Sabda Nabi S.A.W. :
“Apabila masuk Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya,
Kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu.”
Diriwayatkan oleh Umamah Al-Bahili r.a.

Saiditina Aisyah berkata:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W.
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan
bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat
baginda memperbanyakkan berpuasa
sepertimana bulan Syaaban.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh
Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda baginda: ”Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan
dosa (jasmani dan rohani).”

Sabda Rasulullah s.a.w: ”Bahawa kelebihan Rejab
atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan Qur’an atas segala kalam.
Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya
seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi).
Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain
seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ”Dinamakan Syaaban
kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,
dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan
ialah puasa bulan Syaaban.”
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan
di bulan Syaaban, dipermudahkan Allah s.w.t
ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir,
ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat
dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis
pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(Dari kitab Al-Barakah).


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.
Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah
dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya”
Sabda baginda lagi: ”Bahawa Allah Ta’ala membukakan
pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.”

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata:
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya
dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing
Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan.
  
Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni)
kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba
(batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada
kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”.
Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi.
dan Al-Baihaqi.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw)
telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) :
"(Hendaklah) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb),
2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur ”.
Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.

Rasulullah bersabda :
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah ke atasnya Sakrotulmaut dan
ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan dari huru hara Munkar dan Nakir,
ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat dan
diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis dan
Khamis terakhir pada bulan Syaaban,
dimasukkan dia ke dalam syurga.


Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban
daripada Umat Muhammad S.A.W terlebih afdal
daripada ibadatnya 400 tahun.
Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa,
lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah,

“ Mudah-mudahan aku daripada Umat  Muhammad S.A.W.”

Selamat Beramal !!!!!

KISAH TELADAN- SYA'ABAN


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) : “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan serta pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.”

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.



Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.


19 June 2012

PERINGATAN- Jom amalkan....


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

 " Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
 ada datang dengan perasaan "biasa"
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .."
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,
sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita '  TAK DATANG' kerja
 2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
 3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
 4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita
 KURANG PENGAJAR'AN.
 5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
 6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
 7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah
 lebih baik kita tanya  'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
 
 Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
 maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik..adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
 
 Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
 kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
 
 Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
 nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
 
 "Mengkritik tidak bererti menentang,
 Menyetujui tidak semestinya menyokong,
 Menegur tidak bermakna membenci,
 dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."