18 December 2013

Me.....

Assalamu'alaikum wrb ❤
Biar gambar berbicara...
ewahhhaa.....

16 December 2013

Brunei Laksana Kanun Jenayah Syariah

Brunei Laksana Kanun Jenayah Syariah Semalam
 
 Assalamu'alaikum wrb ❤
mungkin belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat rakyat Brunei...
siapa yang tak impikan Negara yang diduduki dijalankan sepenuhnya mengikut seruan Ilahi...


zc0fNegara Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam, lapor portal berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei..


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dua jenis Cermin diri

Assalamu'alaikum wrb ❤
 
Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai. Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?
Mengapa Cermin Dicipta?
Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?
Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.
Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?
Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh."

19 October 2013

menerima....dan menerima....

Assalamu'alaikum wrb ❤

give and take... but i know, i always get a give...n dont give...

Lirik Tetap Menantimu oleh Nomad

Assalamu'alaikum wrb ❤

sekarang kat tv3 ngah ngetoop drama nih... soundtrack lagunye by nomad.. layan gak lagunye..bikin ati rindu-rinduan..hikhik..macam2 yer Cik Nor..

Lirik Tetap Menantimu oleh  Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap.. menantimu....


(OST Love You Mr. Arrogant)


p/s: kalo dapat bakal somi camni yang paksa kawin pon i jadi rela you....hikhik...
      #just kidding#

Dugaan Seorang Perantau...

Assalamu'alaikum wrb ❤

alhamdulillah hari ini.. kesihatan semakin membaik..syukur...
sebelum nie...

Hidup seorang perantau.... Susah senang tanggung sendiri... Alhmdullh mmpunyai temn2 yg sentiasa bersama... Terima kasih Ya Allah swt... 
(status fb :30 Sept 2013) 

uhuk .. uhuk.. diri diserang demam, selsema , batuk dan sakit tekak..
dah mcm nk batuk kering..gatal je tekak nie.. huhuhu..
g spital selayang 2 kali... 2 minggu berturut2..1st: amik darah...kena buat xray 2nd: amik darah...2 kali..sakitnyer..adoyaaaiii..sabor jerlah.. sampailah minggu balik raya aidiladha masih tak sembuh..hari ini... masih batuk..tapi macam tersedak2 jer..malam tadi sampai termuntah aku batuk..ishh..nk kne g spital balik ke?? say nooooo...huhuhuhu...sedihnyer....


Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim) 

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

 Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya? Ada antara kita menyumpah Allah swt kerana menyukarkan kehidupan kita.

Namun Allah SWT berfirman: 
 “Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30..


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat : 

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA 

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

syukur dengan setiap aturan-Nya...
Wallahualam...


12 September 2013

puasa...

Assalamu'alaikum wrb ❤

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke dua berpuasa....

aku dah berpindah rumah..Semuanya telah diaturkan...syukur sangat..tapi jauh sket la nak pegi keje tapi hati bahagia...tak salah kann.... hikhik...

semalam satu ramadhan baiti bersalin..rezeki kan... mudahnya pengaturan yang telah Allah SWT tentukan.. kita sahaja yang sering menyulitkan keadaan...

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

RAYA AIDILFITRI 2013

Assalamu'alaikum wrb ❤

mungkin dah terlewat...terlambat..untuk mengemaskini gambar-gambar semasa aidilfitri hari tu.. tapi sebagai kenangan apa salahnya kan... update kan ajer... beberapa keping gambar aidilfitri hari tu yang sempat aku ambil.... usha ler.... comey2 blako...

kurang dua orang... yop n nyah...

with mak sayang....

ija famili

ita famili

yop famili n ita famili

ngan adik kesayangan mak...makcik saejah...nk gi haji tahun ni..alhamdulillah..rezeki dier..

my twin sister

ita famili lagik...


 lastly, its me....



~tamat~
(^___^)
sekian dari saya...
~Cik Nor~

~KERESAHAN MELANDA~

Assalamu'alaikum wrb ❤


Alhamdulillah...boleh menulis lagi aku rupanye... kata-kata yang memerli diri sendiri... al maklum la, dah lama sangat aku tinggalkan blog nie kesepian...dah dipenuhi sarang labah2 agaknyer..hikhik... buat masa sekarang, kekangan masa yang tak mencukupi untuk aku rajin mentelaah blog...menjadi silent reader pada blog lain...
kerana...

aku kini sebagai seorang pekerja....
seorang pelajar sambilan....
seorang musafir yang sering merindukan kampung halaman...
yang sering tidak cukup masa untuk menaip.....

hohohohoho.....
sebanarnya hari nie, tiba2 terbuka hati untuk melihat....heheheh...macam2 la... hati nie sebenarnya gundah gulana.... memikirkan akan di temuduga minggu depan... akan menghadapi peperiksaan perkhidmatan... banyak kekangan, dugaan dan cabaran pada bulan ini... laswek kereta rosak tengah jalan.. apa lah nasibku... mujur dipermudahkan urusan...alhamdulillah...aku bersyukur...
sebut pasal temuduga ni ase hati resah gelisah...kaki plak asik bergedip2 jer....(betul ke bahasa aku ni??)
tak tenang...tak tenteram...dah ar jaohhhh...huhuhuhu....kl-s.p...penat kot drive...huhuhu....

YA ALLAH.....PERMUDAHKAN PERJALANAN KU INI..PERMUDAHKAN URUSANKU INI...AKU BERMOHON.....LAPANGKAN SEGALA-GALANYA BUATKU....




"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

12 July 2013

Macam-Macam Kejadian!!!

Assalamu'alaikum wrb ❤

salam jumaat semuanya... alhamdulillah..dah bermacam cerita yang aku lalui dalam tempoh terdekat ini.. Antaranya:-
 
1. kursus kat jawi
2.  repair kete
3..pindah rumah
4. exam final sem 1

1-4 julai kursus kat jawi tu sebenarnya juz nak suh aku jadi fasi or urusetia... merangkap penyibuk untuk bersiar2...untung tau..sebab dapat dua..jalan2 n balik kampung.. kebetulan mak n abah nak balik langkawi..pose kat sane...huwaaaa....sedih..tapi tetap bahagia sebab dorang gembira...pas anto dorang kat stesen bas butterworth baru aku balik patah ke jawi...dalam setgh jam jugak la...alaaa, for parents ape salahnya..dorang lagik banyak berkorban untuk kita..now, its time to repay it!!!

balik dari kursus aku trus balik kampung sebb esoknya hari perjalanan....cadang nak repair kete..drive shap rosak...betol ke ejaan aku ni? bedal jer la..hikhik...dari pkl 10 aku anto dekat pkl 4 baru siap..then shoot nak balik..singgah rnr nak isi minyak..tup2 temperature nek sampai alarm red...huhuhuhu....kena cool down kete..adoiii...lagi lewat la..tapi yang penting selamat..itu yang lebih penting kan...alhamdulillah perjalanan balik berjalan lancar..

hari ini adalah hari  ke 6 aku berpindah di rumah baru..syukur..semuanya Allah swt dah permudahkan buat aku... bersangka baiklah kerana setiap kejadian itu punya maksud yang kita tidak pernah sangkakan... sekarang aku dah berada di zon agak selesa..tak perlu memikirkan hal rumah sewa lagi buat masa ini..

exam pon tinggal satu paper je lagik.. sebenarnya aku pon tak tahu boleh lulus ke tak..sebab fully in English... aku bukannya spoken sangat..baca pon still merangkap2 lagi..sangat2 besar rasanya dugaan ini.. Tuhan je yang tahu bagaimana rasa lemahnya diri ini bila tak mampu nak jawab.. aku dah lepas 2 paper.. tapi semestinya belom pasti akan lulus atau tidak...

balik kampung berbuka????how..xde sape kat kampung..balik xde sape...mybe nnt hujung bulan kot balik..insyaAllah...

lastly nak wishkan pada korang selamat berpuasa, bertarawikh dan mengerjakan ibadat yang lain..semoga ramadhan kali ini di isi dengan penuh hikmah dan program...
 
(^___^)

13 June 2013

After 2 Months!!!

Assalamu'alaikum wrb ❤

Kejapnya masa berlalu...dah 2 bulan aku berkhidmat di perantauan...dlm tempoh tu dh 4 kali balik kampung.....sesungguhnya, aku nk balik tetiap minggu tapi disebabkan smbung belajar..aku perlu berkorban... sepanjang 2 bulan ini..banyak liku yang aku tempuhi. gi kursus... school obs.. ada membe jatuh rope climbing... sedih..takut..hepi sebab dapat pnglaman.. mandi laut...tayar pancit... tren rosak. datang kelas lambat. paper fail..test susah... x cukup duit.. nak idop rodtac.... tukar tayar baru... pegi Sabah..jalan2 makan angin... sakit tekak... tekak luka..demam... stuck bag kat airport.. jalan kaki balik umah... semuanya rasa.. yang baik... yang happy... yang sedih...yang nangis... walau apa pun berlaku, aku berharap semoga setiap perkara yang aku lakukan mendapat keberkatan....
 
Thanks Allah SWT for the way to me...

Alhamdulillah..


(^_____^)




15 April 2013

Koje Baru (^__^)

Assalamu'alaikum wrb ❤

1st day kat tempat baru hari nie..macam2 rasa.. bile call abah pagi2 lagik suara dah rasa sebak sangat..nangis kang malu la plk kat tgh2 kota nie..hehehhe.. poyo sungguh awak yer cik nor... erm, bese la..1st time aku bekerja dok berjauhan ngan family.. tapi  itulah kehidupan.. tiada apa akan berubah melainkan diri anda ingin mengubahnya.. insyaAllah setiap langkah ini, aku sangat2 mengharapkan redha dan keberkatan dari Ilahi..Insyaallah, semuanya dari Dia Yang Esa....

okey, memang tak boleh tidor bila memikirkan environment baru, keje baru, kawan baru.. semuanya bandar.. bandar utama di negara ini..sapa yang tak tau...meh i tarik telinga...dalam buku kajian tempatan darjah empat dah ada bagitau... hikhik... Kuala Lumpur.. kat bangunan setinggi ..... (blom kire lg), di tengah2 bandar... dekat ngan shopping mall plak tu.. Sogo tu..dulu2 aku trun nak cari handbag jenama yang murah...kini aku keje dekat jer ngan bangunan die..bakal dilalui setiap hari...

tapi yang paling pengalaman nye aku bertolak awal, naik kereta then naik komuter..pastu melangkah ++10k... anggaran aku jer..perghhh... jauh tu kan..kire aku dah menyahut laungan kesihatan iaitu 10k langkah setiap hari..hohoho... betulkah..yer la...jangan tak percaya ok...

okey ar...sebenarnya aku nak study kat i-class, tp website nye problem, tak buleh bukak,..jadi aku bukak ar blog yang dah bersarang labah2 nie.. byk cerita..tapi byk yang tergendala..hihihi...

korang mesti tak tau kan... aku dah sambung study... menyahut seruan kp mara.. menyambung dan menambahkan ilmu pengetahuan..... hehehe... aku amik kos pentadbiran perniagaan dalam bahagian sumber manusia.... lainnyer...jauh dari tema kan...Moto life aku...belajar apa yang kita hendakkan..jangan diturut keperluan orang... biar banyak bidang..janji kita berusaha untuk belajar... itu yang lebih baik..insyaAllah...semuanya atas rezeki dari-Nya jua.. Pemberi Rezeki....

okey...stop here...

Assalamualaikum wrb semua....

30 January 2013

Rezeki Kita Tak Sama...

Assalamu'alaikum wrb ❤

Sharing is Caring...


  1. Kisah 2 orang sahabat..(◕‿◕)

    Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?
    Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..
    Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?
    Sahabat 2: Allah belum izinkan..
    Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)
    Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya ...Allah telah tetapkan sejak azali lagi..
    bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya menyunting saya saebagai isterinya yang halal..
    Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak nikah..
    Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..

    "Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..(Imam Hassan al-Banna)

    Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
    Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

    Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...
    Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan', sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi, mereka tak pernah mengeluh..
    Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..
    Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..
    Sahabat 1: Bukan senang..
    Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah.. tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul Adawiyah, agung cintanya pada Allah..
    Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..
    Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk kembali kepada Allah..
    mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah, semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan mengadu kepada-Nya..
    Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang sia-sia..
    Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan awak..
    Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa malu dengan saya..
    Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan..(◕‿◕)

    (¯`•.ღ Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI.. ♥♥

    Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa, setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni Syurga.."

    ♥Allahu Allah..♥

14 January 2013

AIR KOSONG!!!

Assalamu'alaikum wrb ❤

hari ini tak busy sangat pon.. saje nak update.. hehehe.... aku nak cerita tentang air kosong... kenapa AIR KOSONG ATAU AIR MASAK??? sebab pertama untuk tambah air dalam badan.. sebab kedua aku dah jarang minum air manis lately ni. Ia nya termasuk lah air teh, kopi atau kafein ar.... air gas lagi ar... dalam tempoh beberapa bulan nie... lame jugak tu... cuma sekali ari tu terlepas gak minum air gas sebab kat Pizza Hut (raikan bdk praktikal tamat) takder set bagi air kosong.nak add on malu ar..makan je ape org bayor tu kan....hahaha..yeye je kan..bukan ape..air gas tu kan manis sangat2..huhu..nak tanak kne telan ler..segelas je pon..hihi...

Ok, berbalik pada isu kita yang sebenarnya... "air kosong"..selalunya aku beli air mineral je kalau kat opis...malas nak minum air masak.. Sebab lambat sejuk la...kan kena masak air dalam kettle dulu..ok, jgn ikut saya yang agak malas ni ye.. air kosong ni kan banyak sangat fungsi nya.. 1. Untuk Awet Muda...(sape nak cantik kena amalkan).... 2. Boleh mencegah atau mengurangkan untuk kita dapat penyakit...(byk la klo ikut senarai)... dan 3. boleh kasik kenyang gak.(untuk diet)..sejuk badan..hihihi... ok aku kasi tips yang sepatutnya... so, jom kita amalkan sama2 ya....


ni antara waktu yang terbaik untuk minum ye...

 1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR.Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.(of cos aku minum..bgun tido tros dahaga kan..)

2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.(Jarang-jarang kalau kat kedai makan...huhu..)

3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah. (mandi pun boleh sejuk badan kan...)

4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur. (aku dah amalkan...korang bila lagi)

sebab....pepatah pernah berkata- kata yang "MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI "..

JOM CEGAH...(^-^)

09 January 2013

1st Chapter in 2013

Assalamu'alaikum wrb ❤

dah lebih seminggu masuk tahun baru kan... ada pelbagai azam dan keinginan setiap orang.. macam aku.. tetap punya impian. Yang sangat2 diharapkan dapat dicapai tahun ni..yeah..

so, planning tahun ni ape ye??
dah rancang? aku?
blom lagi...
jalani life macam setiap hari... takde perubahan... takde kemusykilan..
tapi.... ade jugak yang aku  pikir2kan... kenang2kan....
aku nak kurangkan budaya yang tak sepatutnya...
aku nak belajar terima sesuatu itu dengan hati terbuka lapang.... dari dulu lagik, memang payah sangat aku nak kikis sikap ni...

yer la, mane ade orang yang perfect.. aku akui aku memang banyak salah dan silap... bukan aje payah nak terima, tapi banyak lagi cabang keburukan dan silap aku kat dunia ni sebenarnya. Pada diri sendiri ke, mak abah ke, adik beradik aku ke, kawan2 dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi, masuk poli pastu aku masuk uthm kejap, tempat koje aku..staf2, bos2 atau sape2 yang jadi kejiranan aku.. Pergh, banyak btol senaraian aku nie.. Conpem la, aku membesar di kelilingi orang2 yang aku senaraikan di atas... maafkan aku ya semua....

berbalik pada tujuan asal cerita...
peningkatan jati diri...  (berfikir sejenak sambil minum milo panas.....) erm, ade sekit2 dah...kne disiplinkan diri.. nak istiqamah ni makan masa.. tapi yang penting usaha kan..

walo apepun yang berlaku... setiapnya ada kebaikan... even, aku rase down pon, bile pikir2 blk... "oh, patut lah cm tu...sebabnye cmnie...."....so, dont give up... bak pepatah yang bercakap-cakap " dont judge book by its cover"... sebab ade org baik kat luar..ade jugak orang yang baik kat dalam...erm, akhir kata....
" JANGAN SEKADAR TANGAN MENADAH TETAPI KAKI TIDAK MELANGKAH"..

p/s: tolong staf siapkan hrmis sampai lewat gini.....erm, baik hatikah?/!!&^*(berubah untuk dipermudah...)