30 January 2013

Rezeki Kita Tak Sama...

Assalamu'alaikum wrb ❤

Sharing is Caring...


  1. Kisah 2 orang sahabat..(◕‿◕)

    Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?
    Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..
    Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?
    Sahabat 2: Allah belum izinkan..
    Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)
    Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya ...Allah telah tetapkan sejak azali lagi..
    bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya menyunting saya saebagai isterinya yang halal..
    Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak nikah..
    Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..

    "Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..(Imam Hassan al-Banna)

    Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
    Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

    Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...
    Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan', sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi, mereka tak pernah mengeluh..
    Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..
    Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..
    Sahabat 1: Bukan senang..
    Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah.. tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul Adawiyah, agung cintanya pada Allah..
    Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..
    Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk kembali kepada Allah..
    mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah, semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan mengadu kepada-Nya..
    Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang sia-sia..
    Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan awak..
    Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa malu dengan saya..
    Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan..(◕‿◕)

    (¯`•.ღ Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI.. ♥♥

    Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa, setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni Syurga.."

    ♥Allahu Allah..♥

14 January 2013

AIR KOSONG!!!

Assalamu'alaikum wrb ❤

hari ini tak busy sangat pon.. saje nak update.. hehehe.... aku nak cerita tentang air kosong... kenapa AIR KOSONG ATAU AIR MASAK??? sebab pertama untuk tambah air dalam badan.. sebab kedua aku dah jarang minum air manis lately ni. Ia nya termasuk lah air teh, kopi atau kafein ar.... air gas lagi ar... dalam tempoh beberapa bulan nie... lame jugak tu... cuma sekali ari tu terlepas gak minum air gas sebab kat Pizza Hut (raikan bdk praktikal tamat) takder set bagi air kosong.nak add on malu ar..makan je ape org bayor tu kan....hahaha..yeye je kan..bukan ape..air gas tu kan manis sangat2..huhu..nak tanak kne telan ler..segelas je pon..hihi...

Ok, berbalik pada isu kita yang sebenarnya... "air kosong"..selalunya aku beli air mineral je kalau kat opis...malas nak minum air masak.. Sebab lambat sejuk la...kan kena masak air dalam kettle dulu..ok, jgn ikut saya yang agak malas ni ye.. air kosong ni kan banyak sangat fungsi nya.. 1. Untuk Awet Muda...(sape nak cantik kena amalkan).... 2. Boleh mencegah atau mengurangkan untuk kita dapat penyakit...(byk la klo ikut senarai)... dan 3. boleh kasik kenyang gak.(untuk diet)..sejuk badan..hihihi... ok aku kasi tips yang sepatutnya... so, jom kita amalkan sama2 ya....


ni antara waktu yang terbaik untuk minum ye...

 1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR.Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.(of cos aku minum..bgun tido tros dahaga kan..)

2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.(Jarang-jarang kalau kat kedai makan...huhu..)

3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah. (mandi pun boleh sejuk badan kan...)

4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur. (aku dah amalkan...korang bila lagi)

sebab....pepatah pernah berkata- kata yang "MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI "..

JOM CEGAH...(^-^)

09 January 2013

1st Chapter in 2013

Assalamu'alaikum wrb ❤

dah lebih seminggu masuk tahun baru kan... ada pelbagai azam dan keinginan setiap orang.. macam aku.. tetap punya impian. Yang sangat2 diharapkan dapat dicapai tahun ni..yeah..

so, planning tahun ni ape ye??
dah rancang? aku?
blom lagi...
jalani life macam setiap hari... takde perubahan... takde kemusykilan..
tapi.... ade jugak yang aku  pikir2kan... kenang2kan....
aku nak kurangkan budaya yang tak sepatutnya...
aku nak belajar terima sesuatu itu dengan hati terbuka lapang.... dari dulu lagik, memang payah sangat aku nak kikis sikap ni...

yer la, mane ade orang yang perfect.. aku akui aku memang banyak salah dan silap... bukan aje payah nak terima, tapi banyak lagi cabang keburukan dan silap aku kat dunia ni sebenarnya. Pada diri sendiri ke, mak abah ke, adik beradik aku ke, kawan2 dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi, masuk poli pastu aku masuk uthm kejap, tempat koje aku..staf2, bos2 atau sape2 yang jadi kejiranan aku.. Pergh, banyak btol senaraian aku nie.. Conpem la, aku membesar di kelilingi orang2 yang aku senaraikan di atas... maafkan aku ya semua....

berbalik pada tujuan asal cerita...
peningkatan jati diri...  (berfikir sejenak sambil minum milo panas.....) erm, ade sekit2 dah...kne disiplinkan diri.. nak istiqamah ni makan masa.. tapi yang penting usaha kan..

walo apepun yang berlaku... setiapnya ada kebaikan... even, aku rase down pon, bile pikir2 blk... "oh, patut lah cm tu...sebabnye cmnie...."....so, dont give up... bak pepatah yang bercakap-cakap " dont judge book by its cover"... sebab ade org baik kat luar..ade jugak orang yang baik kat dalam...erm, akhir kata....
" JANGAN SEKADAR TANGAN MENADAH TETAPI KAKI TIDAK MELANGKAH"..

p/s: tolong staf siapkan hrmis sampai lewat gini.....erm, baik hatikah?/!!&^*(berubah untuk dipermudah...)