18 December 2013

Me.....

Assalamu'alaikum wrb ❤
Biar gambar berbicara...
ewahhhaa.....

16 December 2013

Brunei Laksana Kanun Jenayah Syariah

Brunei Laksana Kanun Jenayah Syariah Semalam
 
 Assalamu'alaikum wrb ❤
mungkin belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat rakyat Brunei...
siapa yang tak impikan Negara yang diduduki dijalankan sepenuhnya mengikut seruan Ilahi...


zc0fNegara Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam, lapor portal berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei..


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dua jenis Cermin diri

Assalamu'alaikum wrb ❤
 
Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai. Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?
Mengapa Cermin Dicipta?
Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?
Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.
Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?
Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh."