27 April 2011

LAGIK INTEBIU...

Assalamualaikum w.r.b.


berdasarkan rangkaian tajuk di atas, di sini saya ingin mengumumkan saya akan di "TEMUDUGA" lagik...di mana?? di HQ ....alamak beb..i tak penah siot pi sane...huhuhu..perasaan?? of kos la menggeletar jiwa dan raga..
.
.

erm, persoalannya masih adakah peluang untuk aku berdepan ngan itebiu kali ni...



.
.
.
.
.
just wait ok...
.
.
.
.

tatata.....

25 April 2011

TODAY IS MY BIRTHDAY...

1st of all, i want to say thanks to all my friend's wish my birthday..hahha..so, happy today... da great day..n i smiles from the morning till now..hehehhe..wish for my luck always..may Allah bless me alwayzzz...

26th April 2011
 YA ALLAH S.W.T., I'M REALLY HOPE THAT...
I NEED THAT YA ALLAH S.W.T.....
I HOPE MY WISH WILL FULFILLED..
THANK YOU ALLAH S.W.T.

MOOD: I'M HAPPY TODAY

24 April 2011

penat!!!!!

Assalamualaikum w.r.b..
 hye frens.... sehat? i? mesti lah penat woo... huhuhu..perasaan skang ni macam2 ade.. mau tak nye..aku gi ikut my sis ( ita) ke penang...family dorang ade sambutan family day kat sane kan..aku tumpang aje.heheh..memang best ar tmpat tu...nnt aku upload pic ek..skang ni nak type pun dah tak larat sgt..kang nak gi sekolah lak ade pameran..penat la......
PAHAM TAK???
SAYA P.E.N.A.T................................
huhuhu..jangan sampai saya nangis kang..eh, mane bleh..ade plak tak sesuai i nak nangis(macam budak cengeng) wek.........
ok.. g.t.go.. tatadaaa....
.
.
.
.
.


mood: penat la...

20 April 2011

TABURKANLAH BAKTI ANDA PADA IBU DAN BAPA……….

ASSALAMUALAIKUM...W.R.B...
     
     Cerita ni buat aku sedar...mari kita sama-sama manfaatkan kebaikan dari cerita ni, ok...Sekian, terima kasih..

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujar ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :


" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
http://maranet.mara.gov.my/intranet/BSM/Anjung_motivasi/TABURKANLAHBAKTIANDAPADAIBUDANBAPA.html

17 April 2011

26 is coming??

ready or not...it will come again...every years.. its scary for me.. i dont want it..huhuhu....
i know that 
 " growing old is mandatory, growing up is optional "
still not matured anymore.wanna to be baby again n again..hahahaa..crazy.but its truly..but i'm still not ready..help me.. 26 years on 26th april... only 1 week dat dates will come..

15 April 2011

today is friday...

yeah-yeah...ari jumaat kan..tggal bape minit aje lagi nak tepat pukul 5...adoyai...penat woo keje 12 hari tanpa henti...tapi sok pun tak leh rehat sangat gak..sebab nyer.....jeng-jeng...ade membe aku ajak gi segari..nak tgok perasmian pelepasan penyu...hahaha..1st time tu..hehe..teruja bangat seh..tapi die lagik teruja sebab nak jumpa aku..wohaaa...jgn jadi gedik cik nor..u kan nak jadi gadis bersopan santun..so, cerminkan diri anda sebagai yang terbaik okey... erm, kat sane nanti ade pertandingan memancing..ade plak ajak aku pancing..mane la den tau pasal pancing2 ni..bukannyer tak gemor tapi tak bekenan aku nak pegang umpan2 tu...heeee..geli...hahahhaa... tapi die kata aku boleh jadi pemberi semangat ..ade plak..tapi kan kalo menang 1st prize dapat RM2K tau...giler ar...tangkap ikan cam tu aje leh menang adiah cam gitu..kalo la dapat...erm, aku dah berangan dah..leh ar divide 2..hehehe..syioknyer... ape pun tunggu esok la..moga rezeki yang Allah S.W.T turunkan berpihak pada kitorang esok yer... Aminnnnn.... nnt aku upload pic gi sane yer..so, nantikan kemenangan gue yaa kawan2... tata...

mood: excited seh..

13 April 2011

kenapa hati ini sukar memaafkan?

kadang pernah terlintas di hati ini...niat jahat atas kesedihan berpanjangan yang terpendam sekian lama.. sakit sangat rase hati bile dikenangkan pasal die..nape la aku ni susah sangat nak bukak ati pada orang lain.. nape??
puas aku tangiskan pada cinta lama...puas aku fikirkan bila kita akan bersama? adakah ianya milik kita berdua atau kau lain jodohnya?.. berikan aku keikhlasan yang setulusnya...

'awak kan kawan saya..nak marah buat apa..salah ke saya msg kawan saya..'
'saya kagum gan awk.awk lincah, lasak..berdikari..lagi satu..berani..

cinta yang disemadikan tak mungkin layu selagi adanya imbas kembali..hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. jiwa yang pasrah bertukar haluan selgi esok masih ada.. parut yang lama pasti kan sembuh selagi iman terselit di dada..

kata-kata puitis: Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana hanya senyum yang dapat membuat hari- hari yang gelap menjadi cerah. Semoga aku akan menemukan orang seperti itu..


mood: nukilan aku yang kecewa....

KarNIVaL PendiDikaN MARA

hye every body..how are you...fine?? good...today, i want to show my picture at " KarNIVaL PendiDikaN MARA "... mase ni, i kne jadi penampal sticker..hahah..tak sedap langsung kan bunyiknyer..ala2, penyambut tetamu pun ade..hehe, soo cute..
yang ni dah pakai..dh kemut2 pun..hehe...
mende alah ni la den tampal kat setiap pengunjung tau..
tapi ok..sebabbbb dpt jmp sume staf..walo pent tp enjoying la. happening gler ..ye la, dpt jmp DR.SMS...sape ekk orang tu...hehehe..alaaa, takkan tak knaii kot...Dr. paling pemes sekali kat Malaysia tercinta ni after Dr. Mahathir..heheh.. inilah di... jeng..jeng...

Dr Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Pertama Malaysia

best2..memula takde la ekcited tapi bile dah jmp face to face, berlambak pic dia yang aku amik supaya dapat memenuhi memory hp aku..hehe... ok kat sini aku letak antar gambar2 yang ade masa program tu...yang dalam hp, untuk aku sorang aje..

selamat menonton yaa..

 



mase ni dah nak balik, so take pic before back yer...

oh yer..lupe nak cakap, pic ngan Dr. SMS tu masuk paper Sinar tau..pada 11 April 2011, page PK17...cari la kalo nk tgk ekk.. glemer i seh..heheh..

mood: sekian, terima kasih....


Tekanan kah aku ini??

aku stress? tak mungkin la..aku kan hepi go lucky gurl..huhuhu..tak payah la nak sedapkan ati ko cik nor weh...kalo penat tu cakap aje la..huhhuhuhu...aku nak nangis....penaaaaaattttt sangat la..camner ni....tekanannyer rase...... ish2...sabor aje la...
sabaqqqq naaaa...olala....



mood: in stress...


04 April 2011

budak-budak punye cerite....




assalamualaikum w.r.b.... 
erm, memula pandang nampak kan kanak -kanak menangis...Mesti pelik kan..nape lah anak menakan (sedare) aku ni muke sedih sangat..macam innocent ajer kan..okey, skang aku nak bercerita al-kisahnyer yang boleh jadi punca 2-dua ni nangis tak berlagu.. 

bak kata abah aku “budak-budak”… 
maksudnya, ada gelak ketawa..ada gembira, ada tangisan,
ada kesedihan, ada kekecewaan, ada pergadohan, 
ada perebutan, dan ada macam-macam yang seumpamanya lagi. 

Okey, punca utama dorang jadi camni?? nape agaknyer ekk.. aku introduce yer sape  doang ni pada aku - side kiri tu diah (anak kak piza) n yang kanan tu ecah(anak kak ita)alaa..akak aku yang twins tu..… tu nama glemer dorang aje(aku yang suke panggil pun cm gitu..) ..
si diah ni memang suke sangat kiss budak2 kecik.. padahal die tak besar mane pun, tak sampai 2 tahun pun lagi..so, yang ecah lak baru aje cecah 1 tahun. Memang la ecah tu keciks sket dari diah.. dorang ni kalo ikutkan macam rakan sebaye aje or lagik sedap cousin yang ngam la...erm, tapi die (ecah ) baru tumbuh gigi maaa…bile diah asikkk  kiss pipi die yang gebu tu , padahal die amat tidak suke situasi itu. maka terjadilah kes gigit menggigit itu..pasan tak pipi diah yang lebam tu.. itulah kesan ifek dari gigi ecah..mujur tak berdarah kan..hehehhe..nape ecah plak yang sedih(kan mate die berair tu) and menangis?? 

Sebabnyer die rase frust @ kecewa sangat sebab tak dapat kawal perasaan marahnyer itu..hahahh..logik ke..rekaan saya semata3.. senanyer, die geram la tu..yang si diah asik sangat kiss molot n pipi die yang mungil tu die..die kasik la penangannyer..hahaha..sume orang tak sedar, akak2 aku plak sebok kat dapo siap2 barang nak gi piknik..dorang lak dalam kete..last2 dalam kete, due2 nangis sampai tertido before sampai tmpt yang kitorang nak gi tu..ishh, budak2 punye hal….macam2 kan…

mungkin dolu2 pun kite penah alaminyer tapi tu la.. tak sume kenangan akan kite ingat kan… but, ade sesetengahnyer maybe (mungkin)… aku pun tatau aku ade kenangan yang best tak mase kecik..lupe ar..

tapi takper, soon nanti aku ingat, aku akan story yer..hehhee….. tadaa….

mood: aku masih ketawa berdekah-dekah..(trok kan dis 'auntie')

Apa Itu Cinta???


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.



Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN


Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.



Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA
....

source : artikel cinta ini telah disampaikan oleh Aisya Syahirah
http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/pertanyaan-untuk-cinta/

03 April 2011

" Tiada rasa INGAT akan Tuhan tanpa UJIAN "
 " Tiada rasa KEHAMBAAN akan Tuhan tanpa kePASRAHan "
" Tiada rasa PERGANTUNGAN tanpa kePAYAHan "
" ALLAH TAALA memberi kemudahan dalam KESUSAHAN "


~ Kata-kata hikmah ~

Tag from : Anjung Motivasi/BSM/Mara