Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts
Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts

21 October 2015

Assalamu'alaikum wrb ❤
 
 
 

 
Be Strong!!!
 
 
Sekian...


 
 
 


07 April 2015

April kembali

Assalamu'alaikum wrb ❤

April kembali...
dari saat berubah ke minit bertukar ke jam lantas menjadi detik-detik menginjak ke hari yang bergerak ke minggu berlalu bulan dan akhirnya tahun kembali lagi...

16 October 2012

IKhLaS LeBiH HeBaT DaRi TaUFaN

Assalamu'alaikum wrb
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

 copy paste 

-->
srikandi mujahid
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah


Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini,diperingkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap,tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair.Lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi,dengan itu dataran bumi menjadi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk.

Setelah itu malikat bertanya kepada Allah s.w.t,selain dari gunung-ganang,batu yang pejal itu,masih adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-bata pejal?Allah s.w.t memberitahu malaikat,bahawa selain dari batu ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi.

Besi mempunyai sifat yang sangat keras mengatasi kekerasan batu,kerana itu manusia mencipta berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuh gunung-ganang batu hancur lumat.
Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t,apakah makhluk yang lebih kuat dari besi?Allah s.w.t memberitahui malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi kepejalan besi.Dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada TUhan apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api?Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api,terbukti air mampu memadam api.
Malaikat terus bertanya,apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan api?Lalu Allah s.w.t memberitahu malaikatNya,sesungguhnya angina adalah makhluk Tuhan yang lebih kuat dari air.Sebab itu bila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan,ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri dataran,melanda dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan angina tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu?Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut diatas.Dia aialah seorang yang bersedekah secara senyap,sehingga apabila tangan kanan menghulur,tangan kirinya tidak mengetahui.

Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata,dia merahsiakan dari pengetahuan orang,dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.
Orang yang bersedekah secara rahsia ialah orang yang tidak suka kepada publisiti murahan seperti yang sering berlaku kepada masyarakat kini,apabila mereka menderma suka menunjuk-ninjuk.Mereka cipta replica cek berukuran besar untuk dipamerkan dikhalayak ramai,sama ada melalui siaran akhbar atau tv tujuannya tidak lain dan tidak lain hendak berbangga dengan riak.
Allah s.w.t menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah,adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan itu.

Orang yang mampu merahsiakan perbuatan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang berjaya mengawal keikhlasan hati dari godaan syaitan,kerana syaitan makhluk Tuhan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan merosakkan amalam mereka,agar iblis tidak keseorangan didalam api neraka kelak.


beri HATIMU hanya untk ALLAH,pasti ALLAH temukan pdmu pemilik HATI terbaik,hamparkan MASAMU seluasnya hanya ntok ALLAH,pasti ALLAH aturkan KHIDUPANMU dgn baik....

24 June 2012

Kelebihan Bulan Syaaban


Sabda Nabi S.A.W. :
“Apabila masuk Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya,
Kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu.”
Diriwayatkan oleh Umamah Al-Bahili r.a.

Saiditina Aisyah berkata:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W.
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan
bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat
baginda memperbanyakkan berpuasa
sepertimana bulan Syaaban.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh
Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda baginda: ”Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan
dosa (jasmani dan rohani).”

Sabda Rasulullah s.a.w: ”Bahawa kelebihan Rejab
atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan Qur’an atas segala kalam.
Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya
seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi).
Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain
seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ”Dinamakan Syaaban
kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,
dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan
ialah puasa bulan Syaaban.”
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan
di bulan Syaaban, dipermudahkan Allah s.w.t
ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir,
ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat
dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis
pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(Dari kitab Al-Barakah).


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.
Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah
dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya”
Sabda baginda lagi: ”Bahawa Allah Ta’ala membukakan
pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.”

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata:
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya
dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing
Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan.
  
Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni)
kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba
(batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada
kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”.
Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi.
dan Al-Baihaqi.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw)
telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) :
"(Hendaklah) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb),
2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur ”.
Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.

Rasulullah bersabda :
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah ke atasnya Sakrotulmaut dan
ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan dari huru hara Munkar dan Nakir,
ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat dan
diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis dan
Khamis terakhir pada bulan Syaaban,
dimasukkan dia ke dalam syurga.


Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban
daripada Umat Muhammad S.A.W terlebih afdal
daripada ibadatnya 400 tahun.
Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa,
lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah,

“ Mudah-mudahan aku daripada Umat  Muhammad S.A.W.”

Selamat Beramal !!!!!

KISAH TELADAN- SYA'ABAN


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) : “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan serta pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.”

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.



Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.


12 March 2012

MESTI INGAT!!!!

AKU LEWATKAN SOLAT UNTUK BERJAYA ! SALAHKAH ??

Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!

Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!

“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”

Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!
Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ??

“ ALLAH !! ”

Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

"Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa."
[20:132]

Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat !
Tapi dengan satu syarat !

“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!”
Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!

Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”

Allah sudah janji..

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solat,
[23:1-2]

Anda faham bukan??
Maka..
JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
atau DILEWAT-LEWATKAN..
atau DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….

“ Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”

Terima kasih atas soalan itu..
Jawapan saya mudah,

“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka DUNIA.
Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”

Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.
Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin
dan Syurga bagi orang kafir.”
[Riwayat Muslim]

Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya!
Rehat sepuas-puasnya!

Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka??
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..

Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja! Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat !!

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti.
[2:200]

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka."
[2:201]

Pelajar juga adalah pekerja.

Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.

Periksa diri masing-masing..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..

anda selalu tinggalkan solat ??
atau anda selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??

Dalam erti kata yang mudah,anda tidak serius menjaga solat??

Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..
Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??

Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,
Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??

Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..

17 January 2012

menangis....


PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis
adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai
tersendiri.

Firman Allah AWT, "…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa
dan menangis." (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab
tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari
mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak
pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang
mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung,
seperti air hujan, banjirlah dunia ini.


10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim


1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah
kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi
atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan
badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa
Allah SWT.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu
dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu
hadis yang bermaksudnya: "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata
kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air
matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan
dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis
kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab
Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api
neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut
dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung
dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah
telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air
ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu
ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata
taubat mu!"

Air mata yang tidak dituntut

   1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang
   telah tentukannya?
   2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
   3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
   jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
   4.. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita
   kurang membuat persediaan.
   5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
   kurang bersedekah dan beramal.
   6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu
   adalah pemberian Allah SWT.


Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang paling disukai
Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah
titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah
yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah
kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan
yang telah difardhukan oleh Allah." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi
dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi
tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu
merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada
di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya
dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah
seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah
dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu
akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi
kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar
dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat
kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan
ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan
tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari
akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara,
iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
3.. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau
neraka

Air mata tanda rahmat

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang
bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara,
iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.

Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada
tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak,
di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari
Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka
berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik
untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak
mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut
nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan
sifat Jamal Allah SWT."

(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi
segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang
menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata,
agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan
semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.


Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)

15 November 2011

ceriter orang pergi.....

assalamualaikum w.r.b.....

isnin ari tu dapat tau yang orang selalu angkat tangan kalo time aku gi keje meninggal sebab eksiden...
ada masuk paper sinarharian perak 15 nov 2011... teringat lak yang die sentiasa senyum pada aku setiap pagi masa nak gi keje...

pagi tadi... dapat tau plak arwah tok daud meninggal kat kl..pukul 4 pg td bawak blek umah nyang... aku pegi ziarah dulu sebelum gi keje ari ni...

ajal..
maut..
tak tentu umur, usia...
andai ia datang menuntut...
redha dan ikhlas lah..
yang pasti...
yang hidup..
akan pergi jua..
dunia yang sementara..
adalah untuk kita mengejar yang hakiki...

al-fatihah buat yang telah kembali ke ramatullah...
amin...

02 November 2011

" YA ALLAH "

“Ya Allah, Yang Maha Kaya dan Terpuji,
Ya Tuhan Maha Pencipta, tempat kembali,
Aku memohon kepada-Mu nikmat rezeki yang halal;
sehingga aku tidak memerlukan lagi kepada yang haram,
Kayakanlah aku dengan nikmat kurnia-Mu,
Ya Tuhan Yang Tiada Lain Daripada-Mu,
Dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang,

Yang Maha Kaya dan Pemberi Rezeki,
Ya Tuhan Yang Banyak Memberi,
Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia.”

01 August 2011

Assalamualaikum w.r.b.

hye kawan-kawan...
selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak 1432H...


semoga puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.

pada aku... 
aku harus berubah... mengubah....

segalanya...

PENDIRIAN...

PEGANGAN...

KEMALASAN...

KEKECEWAAN...

KETAKUTAN...

KEPUASAN...

dan etc....macam2 lagi...

pendek kata, dari yang terok2, burok2, huduh2, senget2.. sumenyer la...

harus ditukar, diubah.... menjadi yang 

" ... LEBIH BAIK ... "

paling penting....

BERUSAHA, DAN BARU BERTAWAKAL...

INSYAALLAH, MOGA DIPERMUDAHKAN...

"4JJ I   YA " Aminn, Ya Rabbal Alaminn....

21 May 2011

Aku Bukan Perempuan Itu.....

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]
 
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Sumber Grafik: Warnaiman Photography