Showing posts with label SASTERA. Show all posts
Showing posts with label SASTERA. Show all posts

21 October 2015

Assalamu'alaikum wrb ❤
 
 
 

 
Be Strong!!!
 
 
Sekian...


 
 
 


16 October 2012

IKhLaS LeBiH HeBaT DaRi TaUFaN

Assalamu'alaikum wrb
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

 copy paste 

-->
srikandi mujahid
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah


Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini,diperingkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap,tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair.Lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi,dengan itu dataran bumi menjadi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk.

Setelah itu malikat bertanya kepada Allah s.w.t,selain dari gunung-ganang,batu yang pejal itu,masih adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-bata pejal?Allah s.w.t memberitahu malaikat,bahawa selain dari batu ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi.

Besi mempunyai sifat yang sangat keras mengatasi kekerasan batu,kerana itu manusia mencipta berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuh gunung-ganang batu hancur lumat.
Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t,apakah makhluk yang lebih kuat dari besi?Allah s.w.t memberitahui malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi kepejalan besi.Dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada TUhan apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api?Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api,terbukti air mampu memadam api.
Malaikat terus bertanya,apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan api?Lalu Allah s.w.t memberitahu malaikatNya,sesungguhnya angina adalah makhluk Tuhan yang lebih kuat dari air.Sebab itu bila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan,ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri dataran,melanda dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan angina tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu?Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut diatas.Dia aialah seorang yang bersedekah secara senyap,sehingga apabila tangan kanan menghulur,tangan kirinya tidak mengetahui.

Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata,dia merahsiakan dari pengetahuan orang,dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.
Orang yang bersedekah secara rahsia ialah orang yang tidak suka kepada publisiti murahan seperti yang sering berlaku kepada masyarakat kini,apabila mereka menderma suka menunjuk-ninjuk.Mereka cipta replica cek berukuran besar untuk dipamerkan dikhalayak ramai,sama ada melalui siaran akhbar atau tv tujuannya tidak lain dan tidak lain hendak berbangga dengan riak.
Allah s.w.t menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah,adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan itu.

Orang yang mampu merahsiakan perbuatan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang berjaya mengawal keikhlasan hati dari godaan syaitan,kerana syaitan makhluk Tuhan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan merosakkan amalam mereka,agar iblis tidak keseorangan didalam api neraka kelak.


beri HATIMU hanya untk ALLAH,pasti ALLAH temukan pdmu pemilik HATI terbaik,hamparkan MASAMU seluasnya hanya ntok ALLAH,pasti ALLAH aturkan KHIDUPANMU dgn baik....

07 October 2012

SINIS AJER KAN....

Assal۩amu'alaikum wr wb.
 ۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞



24 June 2012

Kelebihan Bulan Syaaban


Sabda Nabi S.A.W. :
“Apabila masuk Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya,
Kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu.”
Diriwayatkan oleh Umamah Al-Bahili r.a.

Saiditina Aisyah berkata:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W.
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan
bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat
baginda memperbanyakkan berpuasa
sepertimana bulan Syaaban.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh
Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda baginda: ”Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan
dosa (jasmani dan rohani).”

Sabda Rasulullah s.a.w: ”Bahawa kelebihan Rejab
atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan Qur’an atas segala kalam.
Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya
seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi).
Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain
seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ”Dinamakan Syaaban
kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,
dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan
ialah puasa bulan Syaaban.”
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan
di bulan Syaaban, dipermudahkan Allah s.w.t
ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir,
ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat
dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis
pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(Dari kitab Al-Barakah).


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.
Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah
dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya”
Sabda baginda lagi: ”Bahawa Allah Ta’ala membukakan
pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.”

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata:
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya
dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing
Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan.
  
Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni)
kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba
(batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada
kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”.
Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi.
dan Al-Baihaqi.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw)
telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) :
"(Hendaklah) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb),
2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur ”.
Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.

Rasulullah bersabda :
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah ke atasnya Sakrotulmaut dan
ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan dari huru hara Munkar dan Nakir,
ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat dan
diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis dan
Khamis terakhir pada bulan Syaaban,
dimasukkan dia ke dalam syurga.


Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban
daripada Umat Muhammad S.A.W terlebih afdal
daripada ibadatnya 400 tahun.
Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa,
lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah,

“ Mudah-mudahan aku daripada Umat  Muhammad S.A.W.”

Selamat Beramal !!!!!

KISAH TELADAN- SYA'ABAN


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !” Kata saya (Nabi Muhammad) : “Hai Jibril, apakah erti malam ini ?” Dia (Jibril) menjawab: “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan serta pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu.”

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.”

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.



Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.


02 January 2012

" TENTANG DHIA "

Lagu tema dalam ceriter " TENTANG DHIA"

Maha Penyayang

Engkau Allah Yang Pengasih
Engkau Allah Yang Penyayang
Engkau Allah di tangan-Mu
Segala kuasa kejadian
Ampunilah Ampunilah
Segala dosa kesalahan
Terangilah terangilah
Bimbing ke jalan yang benar
Engkau Allah Yang Pemurah
Engkau Allah Yang Dermawan
Engkau Allah ditangan-Mu
Segala rahmat pertolongan
Pada mula digantungkan
Segala arah keselamatan
Lindungilah kami semua
Wahai Sang Penguasa Alam
Engkau Allah Engkau Allah
Yang Pengasih dan Penyayang
Ampunilah Ampunilah segala dosa
Engkau Allah Engkau Allah
Yang pemurah dan dermawan
Lindungilah Lindungilah kami semua
Engkau Allah Yang Pengasih
Engkau Allah Yang Penyayang
Engkau Allah di tangan-Mu
Segala rahmat pertolongan





aku suka tengok citer ni...
sebab-sebabnya adalah:-

1. Suasana kampung....ada sawah2 gitu...sweet places...

2. Kisah nyer macam real...(aku sure memang ade kes gini dalam kehidupan yang sebenar)

3. Watak utama nyer comel n sweet sangat...kisah orang yang baik hati...

4. Risiko tentang perangai ibu mertua... kalo aku ditakdirkan dapat mertua cm tue, aku pun taktau la tabahkah aku seperti "DHIA" itu....

5. Nama panggilannyer macam nama anak buah aku " DHIAHANNANI AKMA" @ DHIA "



p/s: aku impikan memori yang indah-indah.....


.....

28 November 2011


" ORANG CEMERLANG ITU "

Aku terlihat
Orang cemerlang di mana-mana
Aku terdengar 
Orang cemerlang di pelusuk dunia
Aku tersua
Orang cemerlang di sini sana.
 
Orang cemerlang
Hidupnya waras berimbang
Tiada rasa gusar bimbang
Apa lagi berhati walang
Ke mana pergi fikirnya segar
Berkembang
 
Orang cemerlang
Hatinya bersih jiwanya lembut
Tiada bisa dibibir mulut
Kerja ikhlas bukan pak turut
Bahu memikul tangan bersambut
Fikirannya tenang tidak berserabut
Semangatnya cekal rapat bertaut
 
Orang cemerlang
Sekali melangkah tidak kebelakang
Walaupun dikritik atau dibangkang
Walaupun terima surat layang
Sekali ia berjuang ia tetap berjuang
 
Orang cemerlang
Hidup berdikari teguh jati diri
Tetap pada janji tidak sekali mungkiri
Berkata benar tidak bersembunyi
Jauh sekali menyakiti hati.
Walaupun ia dicemburui
 
Orang cemerlang
Kerjanya bersungguh-sungguh
Arahan dan etika sentiasa dipatuh
Pegangan dan prinsip tetap teguh dan utuh
Digodam dihentam tidakkan rapuh
 
Orang cemerlang
Hidupnya penuh makna
Tidak dibuai mimpi lena
Bukan bodek sini bodek sana
Tidak juga terpesona
Kilauan emas mahupun permata
Atau
Manis madu racun berbisa
Yang menghancurkan diri
Dan nilai luhur manusiawi
 
Orang cemerlang
Tidak lupa tikar sembahyang
Tidak lepak-lepak jarang sembang-sembang
Sayang masa dan wang terbuang-buang
 
Orang cemerlang 
itu pakaiannya takwa
Bijak menolak dosa
Pintar menyerap pahala
Hatinya sentiasa redha
Juru auditnya pesuruh di bahu kiri dan kanan
Jadi perhati pada Allah semesta alam
 Orang cemerlang
Tidak lupa jasa dan pengorbanan
Mahupun ibu bapa saudara pun bukan
Sering ingat budi dan jasa orang sepanjang zaman
 
Orang cemerlang
Ingin menggapai awan gemilang
Ingin mendaki puncak terbilang
Nan...
Di sini di kau dijulang
Kerana jasa dan bakti yang kau sumbang
 
Orang cemerlang
Tidak kenal putus asa
Biar pahit getir melanda
Ganjaran dan balasan bukan dipinta
Cuma...
Ia mahu hidup sejahtera
Syukur nikmat dari yang Esa.
Coretan orang bijak pandai

21 May 2011

Aku Bukan Perempuan Itu.....

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]
 
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Sumber Grafik: Warnaiman Photography

20 April 2011

TABURKANLAH BAKTI ANDA PADA IBU DAN BAPA……….

ASSALAMUALAIKUM...W.R.B...
     
     Cerita ni buat aku sedar...mari kita sama-sama manfaatkan kebaikan dari cerita ni, ok...Sekian, terima kasih..

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujar ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :


" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
http://maranet.mara.gov.my/intranet/BSM/Anjung_motivasi/TABURKANLAHBAKTIANDAPADAIBUDANBAPA.html

04 April 2011

Apa Itu Cinta???


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.



Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN


Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.



Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA
....

source : artikel cinta ini telah disampaikan oleh Aisya Syahirah
http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/pertanyaan-untuk-cinta/

20 March 2011

Artikel : Perihal Air Mata

PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, "…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!"

Air mata yang tidak dituntut 

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya? 
2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat
kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3.Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmat

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.

Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."
(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.


Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca:

   
"La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. 
Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)