01 September 2010
mood raye....
selamat semuanya...
25 August 2010
AkU yANg MaSIh KeCEWa!!!!
Sekarang kau bukan lagi milik ku..
plezz, help me...??!!++$$@%
SEKARANG,
![]() | |
| Please, do it now!!!!!! |
12 August 2010
aNtArA kISah yANG aKU sUKA......
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah ‐ ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua‐dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. “Baik,kalau tak mengaku,dua‐dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba‐tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua‐dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata‐kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” Malam itu, emak dan aku tak lepas‐lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar‐balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk‐cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua‐dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra‐universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa‐gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan‐kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas‐kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu‐kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan‐tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk‐teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka‐luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama‐sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar‐balar.” “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila‐bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh‐sungguh sambil meraung bagaikan
diserang histeria.
AKU INSAF!!!!
Bacalah sehingga habis.
11 August 2010
SELAMAT BERPUASA...
“ Hari Nie Dah Stat Pose Untuk Tahun Nie..Erm, Kalu Boleh Aku Nak Kan Yang Terbaik Untuk Ramadhan Kali Ini..Nak Kan Yang Paling Baik..Huhu..Macam2 Kan..Tapi Ari Ni Aku Stat Pose Bersendirian Aje..Mujur La Ade Fitrah(Teman Sepejabat Merangkap Pegawai Atasan Aku)Temani Aku..Dapat La Bersahur N Berbuka Bersama..Mak N Abah Aku Dah Gi Jalan2 Ke Pahang..Tapi Aku Suke Gak Dorang Gi Sane, Leh La Dorang Relax Sket Kan..Aku Pun Senang Hati Same..Hehe..Petang Ni Nak Berbuka Ape La..1st Day Puasa Kan..Mesti Nak Yang Best2 Nye..Erm, Aku Dah Teringin Mcm2 Nie...Wahahaha... “
28 July 2010
5 perkara pengubat hati...
Lima Perkara tersebut adalah:
1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama
Sumber: Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2
HANYA KAU YANG SATU...
Ya..Allah
Sakitnya jiwa hambamu ini yang diselubungi kerinduan yang mendalam. Belum pernah sebelumnya diri ini merasakan keperitan yang sebegini rupa di dalam sebuah kerinduan. Engkau telah pinjamkan hambamu ini dengan sedikit rasa rindumu ya allah, engkau yang mengutuskan duka dan engkau juga yang mengutuskan hampa namun padamu juga diadukan, keresahan,tangisan dan resa di hati ini dan aku tahu inilah kasih dan cintamu, engkau uji hambamu dengan kedukaan dan dalam kedukaan itu engkau titipkan kesabaran dan kekuatan, aku tahu tiap yg terbaik untuku tak semuanya yg ku mahu.
Ya..Allah.
Hambamu ini malu Ya Allah kerana jatuh cinta kepada makhlukmu sedangkan dia itu juga milikmu, di dalam kekuasaanmu dan tidak akan kekal sepertimu. Engkaulah yang sentiasa kekal Ya Allah. Begitu juga cintamu sedangkan cinta makhluk itu akan hilang dibawa zaman. Jadikanlah perasan cintaku ini kepadanya semata-mata untukmu dan keranamu Ya Allah. Semoga perasan cintaku kepadanya yang Engkau tanamkan di dalam hatiku adalah untuk mendekatkan diriku kepadamu Ya Allah. Walaupun berjauhan dan sentiasa terpisah tetapi ianya adalah keranamu Ya Allah. Apabila Engkau menemukanku dengannya, bantulah kami untuk sentiasa dalam keadaan mengingatimu dan kekasihmu Rasulullah. Redhailah pertemuan kami Ya Allah. Hadirkanlah Rasulullah di setiap saat kami mengingatimu dan Rasulullah. Engkaulah kekasih kami yang sebenar Ya Allah. Begitu juga cinta kami sangat mendalam untuk kekasih abadimu Rasulullah. Maka jadikanlah kami dalam keadaan bercinta hanyalah semata-mata untuk sentiasa mencintai, mentaati dan mengingatimu serta Rasulullah.
26 July 2010
kata-kata hikmah
Kononnyer family day???
tersebutlah kisah,5 orang gadis pengitan yang bersiar-siar ke sungai petani..
hahaha...tah ape2 aje ayat hamba kan..erm, klu ikutkan ati, malas sangat hamba nak pergi,tapi dah mengikutkan masa dan perancangan..terpaksalah hamba menerimanya dengan sepenuh hati..
oleh sebab itu, hamba sentiasa memastikan program yang dijalankan teratur dan masa hamba sentiasa terisi ngan agenda yang tepat dan menggembirakan..
tapi bila dah balik sini, penat tak terkata la..huhuhu...
16 June 2010
kosong ke jiwa aku nie???
tapi aku hayati blek, rase cm kosong sangat hidup ni..
ayat ni mcm beri erti yang amat bermakna untuk aku...
Ya Allah
jka aq jth cinta,
cintakanlah aq pd ssowg
yg melabuhkan cintanya pdMu
agr b'tambah kekuatanku
utk mncintaiMu...
Ya Muhaimin
jka aq jth hati
izinkanlah aq menyentuh hati
ssowg yg hatinya t'taut pdMu
agr tdk t'jth aq
dlm jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana
jka aq jth hati
jagalah hatiku pdnya
agr tdk b'paling
drpd hatiMu...
Ya Rabbul Izzati
jka aq rindu
rindukanlah aq pd ssowg
yg merindui syahid
di jalanMu...
Ya Allah
jka aq menikmati cinta kekasihMu
jgnlah kenikmatan i2 melebihi kenikmatan
indahnya b'munajat di sepertiga mlm t'akhirMu...
Ya Allah
jka aq jth hati pd kekasihMu
jgn biarkan aq t'tatih & t'jth dlm p'jalanan
pjg menyeru manusia kpdMu....
Ya Allah
jka Kau halalkan aq merindui kekasihMu
jgn biarkan aq melampaui batas
sehingga melupakan aq pd cinta hakiki
& rindu abadi hanya kpdMu
Amin Ya Rabbal Alamin.....
