18 December 2013

Me.....

Assalamu'alaikum wrb ❤
Biar gambar berbicara...
ewahhhaa.....

16 December 2013

Brunei Laksana Kanun Jenayah Syariah

Brunei Laksana Kanun Jenayah Syariah Semalam
 
 Assalamu'alaikum wrb ❤
mungkin belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat rakyat Brunei...
siapa yang tak impikan Negara yang diduduki dijalankan sepenuhnya mengikut seruan Ilahi...


zc0fNegara Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam, lapor portal berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei..


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dua jenis Cermin diri

Assalamu'alaikum wrb ❤
 
Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai. Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?
Mengapa Cermin Dicipta?
Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?
Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri. Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.
Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka? Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih? Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih. Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?
Begini: Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri: "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh."

19 October 2013

menerima....dan menerima....

Assalamu'alaikum wrb ❤

give and take... but i know, i always get a give...n dont give...

Lirik Tetap Menantimu oleh Nomad

Assalamu'alaikum wrb ❤

sekarang kat tv3 ngah ngetoop drama nih... soundtrack lagunye by nomad.. layan gak lagunye..bikin ati rindu-rinduan..hikhik..macam2 yer Cik Nor..

Lirik Tetap Menantimu oleh  Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap.. menantimu....


(OST Love You Mr. Arrogant)


p/s: kalo dapat bakal somi camni yang paksa kawin pon i jadi rela you....hikhik...
      #just kidding#

Dugaan Seorang Perantau...

Assalamu'alaikum wrb ❤

alhamdulillah hari ini.. kesihatan semakin membaik..syukur...
sebelum nie...

Hidup seorang perantau.... Susah senang tanggung sendiri... Alhmdullh mmpunyai temn2 yg sentiasa bersama... Terima kasih Ya Allah swt... 
(status fb :30 Sept 2013) 

uhuk .. uhuk.. diri diserang demam, selsema , batuk dan sakit tekak..
dah mcm nk batuk kering..gatal je tekak nie.. huhuhu..
g spital selayang 2 kali... 2 minggu berturut2..1st: amik darah...kena buat xray 2nd: amik darah...2 kali..sakitnyer..adoyaaaiii..sabor jerlah.. sampailah minggu balik raya aidiladha masih tak sembuh..hari ini... masih batuk..tapi macam tersedak2 jer..malam tadi sampai termuntah aku batuk..ishh..nk kne g spital balik ke?? say nooooo...huhuhuhu...sedihnyer....


Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim) 

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

 Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya? Ada antara kita menyumpah Allah swt kerana menyukarkan kehidupan kita.

Namun Allah SWT berfirman: 
 “Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30..


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat : 

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA 

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

syukur dengan setiap aturan-Nya...
Wallahualam...


12 September 2013

puasa...

Assalamu'alaikum wrb ❤

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke dua berpuasa....

aku dah berpindah rumah..Semuanya telah diaturkan...syukur sangat..tapi jauh sket la nak pegi keje tapi hati bahagia...tak salah kann.... hikhik...

semalam satu ramadhan baiti bersalin..rezeki kan... mudahnya pengaturan yang telah Allah SWT tentukan.. kita sahaja yang sering menyulitkan keadaan...

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

RAYA AIDILFITRI 2013

Assalamu'alaikum wrb ❤

mungkin dah terlewat...terlambat..untuk mengemaskini gambar-gambar semasa aidilfitri hari tu.. tapi sebagai kenangan apa salahnya kan... update kan ajer... beberapa keping gambar aidilfitri hari tu yang sempat aku ambil.... usha ler.... comey2 blako...

kurang dua orang... yop n nyah...

with mak sayang....

ija famili

ita famili

yop famili n ita famili

ngan adik kesayangan mak...makcik saejah...nk gi haji tahun ni..alhamdulillah..rezeki dier..

my twin sister

ita famili lagik...


 lastly, its me....



~tamat~
(^___^)
sekian dari saya...
~Cik Nor~

~KERESAHAN MELANDA~

Assalamu'alaikum wrb ❤


Alhamdulillah...boleh menulis lagi aku rupanye... kata-kata yang memerli diri sendiri... al maklum la, dah lama sangat aku tinggalkan blog nie kesepian...dah dipenuhi sarang labah2 agaknyer..hikhik... buat masa sekarang, kekangan masa yang tak mencukupi untuk aku rajin mentelaah blog...menjadi silent reader pada blog lain...
kerana...

aku kini sebagai seorang pekerja....
seorang pelajar sambilan....
seorang musafir yang sering merindukan kampung halaman...
yang sering tidak cukup masa untuk menaip.....

hohohohoho.....
sebanarnya hari nie, tiba2 terbuka hati untuk melihat....heheheh...macam2 la... hati nie sebenarnya gundah gulana.... memikirkan akan di temuduga minggu depan... akan menghadapi peperiksaan perkhidmatan... banyak kekangan, dugaan dan cabaran pada bulan ini... laswek kereta rosak tengah jalan.. apa lah nasibku... mujur dipermudahkan urusan...alhamdulillah...aku bersyukur...
sebut pasal temuduga ni ase hati resah gelisah...kaki plak asik bergedip2 jer....(betul ke bahasa aku ni??)
tak tenang...tak tenteram...dah ar jaohhhh...huhuhuhu....kl-s.p...penat kot drive...huhuhu....

YA ALLAH.....PERMUDAHKAN PERJALANAN KU INI..PERMUDAHKAN URUSANKU INI...AKU BERMOHON.....LAPANGKAN SEGALA-GALANYA BUATKU....




"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

12 July 2013

Macam-Macam Kejadian!!!

Assalamu'alaikum wrb ❤

salam jumaat semuanya... alhamdulillah..dah bermacam cerita yang aku lalui dalam tempoh terdekat ini.. Antaranya:-
 
1. kursus kat jawi
2.  repair kete
3..pindah rumah
4. exam final sem 1

1-4 julai kursus kat jawi tu sebenarnya juz nak suh aku jadi fasi or urusetia... merangkap penyibuk untuk bersiar2...untung tau..sebab dapat dua..jalan2 n balik kampung.. kebetulan mak n abah nak balik langkawi..pose kat sane...huwaaaa....sedih..tapi tetap bahagia sebab dorang gembira...pas anto dorang kat stesen bas butterworth baru aku balik patah ke jawi...dalam setgh jam jugak la...alaaa, for parents ape salahnya..dorang lagik banyak berkorban untuk kita..now, its time to repay it!!!

balik dari kursus aku trus balik kampung sebb esoknya hari perjalanan....cadang nak repair kete..drive shap rosak...betol ke ejaan aku ni? bedal jer la..hikhik...dari pkl 10 aku anto dekat pkl 4 baru siap..then shoot nak balik..singgah rnr nak isi minyak..tup2 temperature nek sampai alarm red...huhuhuhu....kena cool down kete..adoiii...lagi lewat la..tapi yang penting selamat..itu yang lebih penting kan...alhamdulillah perjalanan balik berjalan lancar..

hari ini adalah hari  ke 6 aku berpindah di rumah baru..syukur..semuanya Allah swt dah permudahkan buat aku... bersangka baiklah kerana setiap kejadian itu punya maksud yang kita tidak pernah sangkakan... sekarang aku dah berada di zon agak selesa..tak perlu memikirkan hal rumah sewa lagi buat masa ini..

exam pon tinggal satu paper je lagik.. sebenarnya aku pon tak tahu boleh lulus ke tak..sebab fully in English... aku bukannya spoken sangat..baca pon still merangkap2 lagi..sangat2 besar rasanya dugaan ini.. Tuhan je yang tahu bagaimana rasa lemahnya diri ini bila tak mampu nak jawab.. aku dah lepas 2 paper.. tapi semestinya belom pasti akan lulus atau tidak...

balik kampung berbuka????how..xde sape kat kampung..balik xde sape...mybe nnt hujung bulan kot balik..insyaAllah...

lastly nak wishkan pada korang selamat berpuasa, bertarawikh dan mengerjakan ibadat yang lain..semoga ramadhan kali ini di isi dengan penuh hikmah dan program...
 
(^___^)