26 June 2011

runsing

Assalamualaikum w.r.b...
lame dah tak open blog ni...dan lame gak tak menulis.. bukan "bz" pun cuma kadang2 idea tu tak terluah takut menyinggung mane2 pihak..huhuhu...kali ni pun aku blom ade kesah nak bercerita...cuma hati ni selalu rase ingin terjerit melepaskan rasa beban yang ditanggung..tapi untuk sedapkan jiwa aku sendiri, SABAR itu perlu...pujuk hati, ikhlaskan segalanya...Aku cuba dan terus mencuba...moga aku mendapat rahmat-Nya...InsyaAllah atas izin-Nya jua... hidup ini kadang ada pasang surut nya..ada tenggelam timbulnya..ada sepi dan hepi nyer... dan pelbagai lagi..jadi, teruskanlah.........


"aku jua sama"   

13 June 2011

selamat dah..

ape yang selamatnyer...hehehe...
wedding mereka...
siapa?
fitrah dan masitah..
(rakan sekerja saya)
dorang dah selamat menjadi isteri orang...
knape bukak cter mereka..
sebab dorang kan kawan saya..
saya suka dan gembira bila tengok dorang bahagia..
semoga saya pun akan merasai kebahagian itu jua...
insyaAllah....doakan untuk saya yaa....

mood: (*__^)

08 June 2011

mamai la.....

           Satu malam yang sepi...bersama-sama ayah dan bonda, kami menonton berita di TV3... mendengar cerita terkini dan baru terjadi... (dalam ati) oh, lupe la..nak iron baju la..erm, nak pakai baju ape ek..baju batik warne purple la..ade tudung dah kat sini(ruang tamu)...so, aku bangun n melangkah ke bilik dan menuju ke almari baju, nak amik baju kurung purple seperti ape ade dalam pikiranku tadi... aku kembali ke ruang tamu..hidupkan suis seterika..tunggu die panas...n aku mula menyeterikakan baju2 itu... (dalam ati) eh, baju oren tu kan baju batik. boleh gak, iron yang ni sekali...sok leh pilih mane satu nak pakai....em, ok gak tu..aku pun iron kedua2  baju itu sambil menonton tv...setle...bawak masuk dalam bilik n sidai.. time for sleep...zzzzzzzzzzz.... 

        Pagi..pas mandi n solat, aku pilih, mane ek..test baju oren dulu..alaaa, byk kedut gak la, walaupun dah iron..tak jadi la..pakai baju purple la..hehehhe..okey, cute dah.... sesiap ape yang patut n bawak bekal kuih yang bonda masak.. 

aku nek motor gi keje...
vroommm...vrooommm.....prengggggg..... 

sampai la ke opis....nampak akak opis aku samapai gak "hah, kak leha"...( dalam ati berkata, awat la kak leha ni..tak pakai baju batik lak die ari ni...ish2...takpe, jap gi aku tegur die..)... nak naik tangga ke pejabat, pakcik guard bagi salam, aku pun jawab "waalaikumusalam" ..aku pandang pada tangan die, ade buku.. "eh, ade novel baru ke pakcik..macam syok aje..nor pinjam ek"..."okey", die jawab...masuk opis, aku pasang tv...eh, ade iklan rattatoile...eh, petang ni la...syok ni..eh, ari rabu , 8 june?? ari ni la kan... tapi..... hahhahhhaa...ari ni ari RABU la upenyer..bukan ari KHAMIS...awatnyer aku pakai baju batik...nyanyok ke aku????  huhuhuhu...aku diketawakan oleh satu opis...nape la, aku yang sedar aku tu salah...wat malu kene gelak aje..huhuhuh...mamai ke angau?? tapi aku nak angau kat sape????  

ish2..tak paham aku...makin tak mengerti aje..huhuhu...masyaAllah...aku masih tak paham, ape penyebab nye aku jadi cam ni ari ni.. adakah aku semakin tua, dan semakin hilang daya ingatan??? atau aku terlampau banyak berfikir sampai dah lalai dalam mengingati semuanya...ish2...
 
"ape nak jadi...ape nak jadi....
sampai sekarang tak kawin lagik...."
...........hahahahah...........
mamai kah aku??


mood: terfikir2 aku jadinya....

03 June 2011

huuuhhhhhh.........

esok dia ajak gi sama2...
keluar ngan die...
gi wedg membe...
wajar ke...
terima sebagai kawan or ....?
tapi hati ni dah cukup runsing..
nape die tak paham?????






mood: ready or not???
i pun taktau...

26 May 2011

something happen to me??

assalamualaikum...

aku dengar die cakap (iklan di tv3).."nurul rase, nurul dah jumpa putera idaman nurul"..... ewah2 sonang nyer die dapat..
aku lak??cm ne?
how..ade ke peluang nak ase cm tu??huhuhu..just wait n see... "Tuhan ngah mengadun..."petikan dari Pak Rampa-novelis fromcerpen in Halaqah.net...

so, for me...apa yang patut adalah....
.
.
.
.
.
.

tunggu....

insyaAllah, terbaik buatku....

mood: in relax...


24 May 2011

" HADAPI DENGAN SENYUMAN "

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


mood: masih berusaha dengan sebaiknya....

21 May 2011

Aku Bukan Perempuan Itu.....

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]
 
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Sumber Grafik: Warnaiman Photography

marah ke tak.....

aku ni patut marah ke tak..tapi... 
adoi..sakit ke ati aku cm ni..
 nape aku di kontrol begini...
nak kuar ngan kawan lama pun macam jadi satu masalah besar..
takkan alwes time aku mesti ngan kuarge???????????? 
arghhhhhhhh..tekanannyer kepala aku..bukan aku sakit ati..
aku kecewa..aku tak diberikan masa untuk bersama kawan,
tapi memaksa aku bertemu jodohku??  apa.....................
yang mampu aku buat....sakitnya hati ini................
memang kecewa.....

mood: masih bodoh

19 May 2011

soalan itu lagik...


HUH......
mengeluh aje aku sejak dua menjak ni..bukannyer berat sangat aku rasa masalah ni..tapi dek kerisauan yang melanda pada ati mereka, jadi aku dipersoalkan..bukan aku mengelak..bukan aku juga membantah, tapi belum tiba hari ku lagi.. 

asik2 soalan ni aje yang diberi pada aku..bukan aku memilih..tapi mesti ada orang lain yang memilih...aku tak demand...mungkin orang lain yang demand..aku tak begitu la...mungkin orang lain yang begitu...Tuhan, tunjukkan aku jalan terbaik-Mu....

soalan itu dikembalikan kepada aku..aku bukan menolak..bukan jua terlalu mengharap..aku sekadar bersederhana dalam segalanya.... DIA lebih mengetahuinya... berikan aku petunjuk-Mu yang terbaik Ya Ilahi... Aku mohon pada-Mu.. 

Permudahkan segalanya buatku.. sakit jiwa ini memendam perasaan..apa salah ku..apa kekurangan ku? Belum cukup sifat kah aku…masih tak sempurnakah aku ini?aku masih begini..masih menyalahkan diri sendiri… atas segalanya… 

berikan aku kesempatan menerima kelonggaran itu....

mood: in tragisi...

17 May 2011

kisah balik kampung....

assalamualaikum w.r.b.....
hye sahabat,sehat?
cter ape ek...senanye saya masih dlm percutian gik ni..masih di kampung... KAMPUNG KER?? hehehhe... my lovely island la.. langkawi..ape tujuan saya abiskan cuti semggu di sini??hahha..saje suka2..lari dr kesibukan kerja..ecewahhh..hhehehe..senanya nak berehat..nak tgk umah yang tgh buat ganti dr umah terbakar ari tu...erm, selain tu dok sini leh jmp kawan2 lame...kawan2 sekolah dulu2.. senanyer masa aku nek bot nak dtg pulau pun aku dh terjumpa si Boy( x-clas aku mase form 1 kat sek mahsuri)...rezeki kot mase tu, ade abg tu tolong kitorg belikan tiket..thanks ek abe Klate...tu jer yang aku tau pun...tak sempat tanye nama pun...kalo nak tggu kitorang berator ikut line beli tiket tu compem la aku nek petang..hahhaha..alhamdulillah, Allah S.W.T. permudahkan perjalanan aku...
erm, senanyer dari ari 1st day sampai lagik aku nak gi jmp mmb aku kat taman bawah tu tapi sampai saat ni aku tak gi lagi..nak kata sibuk tu tak la sibuk sgt..dah 5 ari kot sampai sini..huhuhu..mgkin lom rezeki kan..sabar ye fren..hehehhe..petang ni saya gi jmp awak..dah beli pun adiah tok baby awk yang baru lahir tu..hehehe..baby aku bile lak? jangn berangan cik nor..u tu masih miss lagik..nak anak apenyer..hahhahhaa..berangan tak sudah...boleh ke nak ada anak sendri tanpa ada suami...ish...imposible la..erm..ok la..nanti sambung citer...tatatta....




mood: ade ke cina tu bebel pasal tanah mak aku..ish, aku bengang aje kat die....