30 March 2012

TRAVEL - PULAU PERHENTIAN ( EP:1)

Assalamualaikum wrb....
 perancangan selama beberapa bulan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.....

memula tu target nak dok chalet la..hotel la..ngan bajet yang tak dikira langsung. dari plan nak gi 8 orang last2 yang setujunyer n jadik pegi tu cume 3 orang ajer...mujur mmbe bawak adik die untuk cukupkan korum n jimatkan kos..hehe..tu yang penting sebenarnyer....

20 March 2012

dorang tiru saya......

"Bercakap tak semudah untuk melaksanakannya... Menerima sesuatu kekurangan memerlukan satu kekuatan yang jitu.. Ikhlas itu cuma Dia yang tahu... 

 ~ ikan itu nmpk indah berenang di dalam akuarium tetApi terkurung itu menyiksakan~."






ni sumer komen yang copy paste komen saya..
ish2... tak sangka ayat jiwang(kononnyer) dah jadi pedoman buat orang lain..
hehhee..(aku tersenyum bangge)... alaa, ayat tu pun nk kecoh kann.. suke la... my word is mine..
pepun thanks all sebab sudi baca n hayatinya... 
moga sama2 kita jadikan ia bermanfaat yer......

13 March 2012

= T + E + R + K + I + L + A + N =
H + A + T + I
D + A + N 
......P = E = R = A = S = A = A = N......
 
 
sebab yang pertama..
dia pura-pura
 
sebab kedua...
dia nak ambil kesempatan
 
sebab ketiga...
sikapnya mencurigakan...
 
aku jadi begini...
berpunca dari dia...
dia yang hadir dalam hati dan jiwa..
tapi itu dulu..
kini....
 aku buang jauh...
rasa dan perasaan itu...
moga...
 ada yang lebih baik...
akan muncul...
 i'm really hope it!!!

12 March 2012

MESTI INGAT!!!!

AKU LEWATKAN SOLAT UNTUK BERJAYA ! SALAHKAH ??

Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!

Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!

“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”

Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!
Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ??

“ ALLAH !! ”

Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

"Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa."
[20:132]

Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat !
Tapi dengan satu syarat !

“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!”
Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!

Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”

Allah sudah janji..

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solat,
[23:1-2]

Anda faham bukan??
Maka..
JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
atau DILEWAT-LEWATKAN..
atau DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….

“ Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”

Terima kasih atas soalan itu..
Jawapan saya mudah,

“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka DUNIA.
Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”

Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.
Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin
dan Syurga bagi orang kafir.”
[Riwayat Muslim]

Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya!
Rehat sepuas-puasnya!

Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka??
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..

Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja! Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat !!

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti.
[2:200]

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka."
[2:201]

Pelajar juga adalah pekerja.

Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.

Periksa diri masing-masing..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..

anda selalu tinggalkan solat ??
atau anda selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??

Dalam erti kata yang mudah,anda tidak serius menjaga solat??

Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..
Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??

Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,
Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??

Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..

•❤•Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya..
...
•❤•Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dengannya..

•❤•Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua..

•❤•Hanya untuk namanya Wanita•❤•

01 March 2012

tertanya-tanya???

walau bagaimana...

harus ku cuba....

berkeadaan sederhana....

biasa-biasa sahaja.....

tak perlu gopoh - gopoh...

Dia telah mengaturnya....

sabar yer.....

Cik Nor...

(*___*)

28 February 2012

19 February 2012

Secebis kasih sayang...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah ‐ ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua‐dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. “Baik,kalau tak mengaku,dua‐dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba‐tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua‐dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata‐kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” Malam itu, emak dan aku tak lepas‐lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar‐balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk‐cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua‐dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra‐universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua‐dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak‐esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan‐lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam‐dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.” Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung.

Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa‐gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan‐kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas‐kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu‐kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan‐tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk‐teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka‐luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama‐sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar‐balar.” “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila‐bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh‐sungguh sambil meraung bagaikan
diserang histeria.


 “Jika tak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

aku aje yang terkena....

assalamualaikum wrb...

Huh........

mengeluh panjang aku kali ini...aku tahu yang tak patut sangat mengeluh tapi tah ler....

Huuhhhh...... aku mengeluh kembali... kenapa cik nor??? sedih ke? kecewa kah anda?

takder la...

"runsing.."

camnie  arini kan ari senin..pemula hari bekerja semula...bese la, masing2 mood in silent or masih ase nak bercuti... sebab sabtu ari tu dah berpenat lelah di RTC, Gopeng ... so, perasaan penat tu masih ade.. aku paham perasaan tu..aku pun sama rase..



tambahan plak malam tadi aku menghabiskan sebahagian malamku dengan melayan novel terkini... tajuk

 sampai pukul brape pagi kan...sebab nak setlekan jugak... perasaan teruja nak tahu endingnya bagaimana...
 (p/s: best gak novel ni)

so, berbalik pada cerita tadi...pagi2 bila orang bad mood ngan kita, ape agaknya korang nak buat???? takkan nak marah... amatlah tidak patut bagi aku..jadi aku cuba ignore that feeling...wat cool aje..
tapi rupenye mende camnie akan makan diri...terase gak kan...makin kecik ati aku asenyer...huhuhuhu... terasa yang aku ni rendah sangat.. maksud aku bukan aku pendek la...rasa rendah diri..

mentang2 la jawatan kat sini aku paling kecik... aku ni ditunding jari sebagai pesalah kalau berlaku apa-apa hal yang remeh... sabarnya aku ni..aku diam ajer.. tak melawan pun...

agaknya dorang dah tak suka aku ada kat sini kot... sedihhhh wooo.... aku ni bukanlah sensitip benor tapi dalam sesetengah hal, hati aku nie tetap macam orang bese gak akan terhakis jugak rasa kebal nya dan muncul perasaan bebal... tapi masalahnya terasa amat sangat...

sampaikan dalam mind aku dah terpikir, patutkah aku meletak jawatan??? orang macam aku ni sape lah nak peduli kannnn... kannnn....

SEDIH...
SEDIH....
DAN SEDIH LAGIK....

aku selalu jadik cam ni.... macam aku ni segala-2nya ajer.. padahal tak penting maner poonn... tapi sebab aku ni macam Happy Go Lucky Girl... so aku diamkan ajer...senyum...dan terus tersenyum selagik aku termampu... berbalas selagi aku punya jawapan..atau mendiamkan diri sahaja... itu lah aku ...serba-serbi serta serba salah...

tapi aku pikir gak kalo aku berenti, aku nak keje maner??

erm, tahler...selalu aku terpikir, kenapa masaku belum tiba lagi???? mungkinkah Tuhan mengujiku dengan cara sebegini.... kerana jika aku telah memiliki, mungkinkah aku akan alpa??? ya.... mungkin begitu... atau mungkin juga tidak.... Dia sahaja yang Mengetahui....


jadi, kesimpulan disini.... ko kena banyak bersabar cik nor... bukan apa, kadang2 ujian ini datang dalam pelbagai cara...mungkin nampak remeh dan mudah, tapi atas diri ko jugak untuk mentafsirnyaa....


sabar yaaaa...kuatkan semangat...

mood:
in da aquarium.....ikan oh ikan....senangnya hati berenang....

10 February 2012

ceghite aku kan....

assalamualaikum w.r.b.

moga aku dan anda sentiasa dirahmati....

sebenarnya nak ceghite pun dah tak ingat sebab post ni draft aje...

tapi ni ade gak ceghite yang nak di cengitekan... pasai ape??? pasai dier..

saper dier???

ermmm...nantilah yer....

runsing pikir pasai dier...

memang sangat2....

huhuhuhu...

sedehhhhhh.......:(