26 May 2011

something happen to me??

assalamualaikum...

aku dengar die cakap (iklan di tv3).."nurul rase, nurul dah jumpa putera idaman nurul"..... ewah2 sonang nyer die dapat..
aku lak??cm ne?
how..ade ke peluang nak ase cm tu??huhuhu..just wait n see... "Tuhan ngah mengadun..."petikan dari Pak Rampa-novelis fromcerpen in Halaqah.net...

so, for me...apa yang patut adalah....
.
.
.
.
.
.

tunggu....

insyaAllah, terbaik buatku....

mood: in relax...


24 May 2011

" HADAPI DENGAN SENYUMAN "

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


mood: masih berusaha dengan sebaiknya....

21 May 2011

Aku Bukan Perempuan Itu.....

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]
 
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Sumber Grafik: Warnaiman Photography

marah ke tak.....

aku ni patut marah ke tak..tapi... 
adoi..sakit ke ati aku cm ni..
 nape aku di kontrol begini...
nak kuar ngan kawan lama pun macam jadi satu masalah besar..
takkan alwes time aku mesti ngan kuarge???????????? 
arghhhhhhhh..tekanannyer kepala aku..bukan aku sakit ati..
aku kecewa..aku tak diberikan masa untuk bersama kawan,
tapi memaksa aku bertemu jodohku??  apa.....................
yang mampu aku buat....sakitnya hati ini................
memang kecewa.....

mood: masih bodoh

19 May 2011

soalan itu lagik...


HUH......
mengeluh aje aku sejak dua menjak ni..bukannyer berat sangat aku rasa masalah ni..tapi dek kerisauan yang melanda pada ati mereka, jadi aku dipersoalkan..bukan aku mengelak..bukan aku juga membantah, tapi belum tiba hari ku lagi.. 

asik2 soalan ni aje yang diberi pada aku..bukan aku memilih..tapi mesti ada orang lain yang memilih...aku tak demand...mungkin orang lain yang demand..aku tak begitu la...mungkin orang lain yang begitu...Tuhan, tunjukkan aku jalan terbaik-Mu....

soalan itu dikembalikan kepada aku..aku bukan menolak..bukan jua terlalu mengharap..aku sekadar bersederhana dalam segalanya.... DIA lebih mengetahuinya... berikan aku petunjuk-Mu yang terbaik Ya Ilahi... Aku mohon pada-Mu.. 

Permudahkan segalanya buatku.. sakit jiwa ini memendam perasaan..apa salah ku..apa kekurangan ku? Belum cukup sifat kah aku…masih tak sempurnakah aku ini?aku masih begini..masih menyalahkan diri sendiri… atas segalanya… 

berikan aku kesempatan menerima kelonggaran itu....

mood: in tragisi...

17 May 2011

kisah balik kampung....

assalamualaikum w.r.b.....
hye sahabat,sehat?
cter ape ek...senanye saya masih dlm percutian gik ni..masih di kampung... KAMPUNG KER?? hehehhe... my lovely island la.. langkawi..ape tujuan saya abiskan cuti semggu di sini??hahha..saje suka2..lari dr kesibukan kerja..ecewahhh..hhehehe..senanya nak berehat..nak tgk umah yang tgh buat ganti dr umah terbakar ari tu...erm, selain tu dok sini leh jmp kawan2 lame...kawan2 sekolah dulu2.. senanyer masa aku nek bot nak dtg pulau pun aku dh terjumpa si Boy( x-clas aku mase form 1 kat sek mahsuri)...rezeki kot mase tu, ade abg tu tolong kitorg belikan tiket..thanks ek abe Klate...tu jer yang aku tau pun...tak sempat tanye nama pun...kalo nak tggu kitorang berator ikut line beli tiket tu compem la aku nek petang..hahhaha..alhamdulillah, Allah S.W.T. permudahkan perjalanan aku...
erm, senanyer dari ari 1st day sampai lagik aku nak gi jmp mmb aku kat taman bawah tu tapi sampai saat ni aku tak gi lagi..nak kata sibuk tu tak la sibuk sgt..dah 5 ari kot sampai sini..huhuhu..mgkin lom rezeki kan..sabar ye fren..hehehhe..petang ni saya gi jmp awak..dah beli pun adiah tok baby awk yang baru lahir tu..hehehe..baby aku bile lak? jangn berangan cik nor..u tu masih miss lagik..nak anak apenyer..hahhahhaa..berangan tak sudah...boleh ke nak ada anak sendri tanpa ada suami...ish...imposible la..erm..ok la..nanti sambung citer...tatatta....




mood: ade ke cina tu bebel pasal tanah mak aku..ish, aku bengang aje kat die....

11 May 2011

" dalam ati "


ohhhh... hati riang..ohh...sungguh indah...tak sabar rasanya aku ingin bercuti.... oh indahnya dunia...
seronok..

mood: hepi tak hepi...suke tak suke....

09 May 2011

new opismate'

        Hye… bercerita ni macam satu kisah yang tak akan abis kan..ade aje yang terlintas..hehehe.. ari nie aku nak story tentang ‘ new opismate’… baru masuk dis week...lapor diri dlu kat main opis..ape yang menariknya tentang die?? Pasti la ada.. okey, straight to the point yer..aku sebenarnya jatuh sesal..kenapa? “ceritanya tentang dia dicantas oleh orang lain hingga terpaksa ke sini”..inilah  tajuk utama tentang yang aku sampaikan..tapi pada aku walau ape pun yang terjadi, pasti ada sebabnya..pasti ada kisah yang lebih baik patut dijadikan iktibar..mungkin ya dia dianiaya..tapi redha la ngan apa yang dah terjadi..sabar ye....
 
          Tapi tu la tak semestinya itu adalah kebenarannya kan..dan ianya mungkin benar2 terjadi..tak siapa yang tahu...kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya...mungkin ada silap n salahnya yang tak disangka..siapa yang tahu..kadang-kadang kita fikirkan yang negative, tetapi ada positifnya kenapa ianya  berlaku..

         Okey, kenapa aku jatuh sesal…sebab kadang2 aku nie suke komplen..komplen pasal macam2..ade macam2 yang aku tak puas ati…hidup aku selalunya ber ‘kalau’…. Kalau lah aku leh dapat…kalau lah aku jadi…. Kalau lah aku ni boleh..dan bermacam2 kalau yang pernah terlintas di akal aku ni yang kadang2 tak nampak  logiknya… erm…bese la..berangan itu penting tapi jangan jadikan ia hanya angan2, tapi transfer kan ia jadi impian…kannnnn… 

       Erm, sebenarnya aku ni tak pernah puas ngan ape yang ada… apa yang aku ada?harta sendiri??no… sebenarnya, kalo tak de harta sendiri cth :kete,umh ke,tu kan harta fizikal…. Aku masih ada harta lain iaitu aku ada kesihatan yang baik, kawan2 yang ramai.. ibu bapa yang alhamdullillah sihat walafiat…itu sebenarnya harta  yang tak ternilai.. harta yang kadang2 orang pandang enteng (sebelah mata,macam Nampak tak Nampak) aje....tapi tu la.manusia akan sedar bila die dalam kesusahan..bila dia ditimpa sesuatu yang di luar kawalan atmosferanya.. bukan maksud aku, aku nak kata kat orang lain..ni sume adalah dituju buat aku sendiri..bukan nak kata yang aku skang ni dalam kesusahan..tapi aku sebenarnya masih dalam keadaan waras..masih sedar dunia ini ada pengakhirannya…ade saat nye kita sesal bila ada cerita hampir dengan kita yang buat kita sedar dari alpa…. 

        Jadi bersyukurlah dengan rezeki yang diberi…kesihatan yang baik… aku ikhlas… aku sedar, kenapa aku masih di tahap ini..mungkin dulu aku alpa dengan kelebihan..jadi sekarang aku redha dengan kekurangan… yang penting aku ada kegembiraan…hati yang tenang..jiwa yang tenteram…dan aku gembira dengan keadaan sekarang, dengan apa yang dikurniakan ..aku tahu, mungkin ada yang pandang aku masih kurang..masih kurang sempurna..masih tak berkemampuan.. … 

        Tapi aku tahu, kemampuan itu bukan hanya berdasarkan duit ringgit, tapi yang penting, mampu teruskan hidup tanpa sebarang kekurangan..itu lah erti hidup yang sempurna…life’s begin with the smile’s…. apa yang penting, kita hepii….


mood: sedar itu perlu...

04 May 2011

Tentang SO!!!!

ape itu SO?? 
kalo cakap mesti lah tau kan..
ce teka...ce teka... 
erm...bukan tanak cakap...
tapi tu la..pasal SO la idup aku makin tak tenteram...
bukan aku mintak didekatkan ngan SO nie..
haih...mengeluh aje aku ni...
pasai pa la aku jadi lagu ni...
huhuhuhu...aku kecewa...dipinggirkan...
oleh yang lebih baik...
yang lebih padan..
yang lebih sesuai..
akukah yang bersalah...
akukah sepatutnya dipersalahkan???

saya sebenarnya sunyi, sebab tu saya terima..tapi kalau ada yang lebih baik, saya akan lupakan dia..boleh ke macam tu?? dapat baru, yang lama dilupakan?????

mood: confuse membuat keputusan....

P/S : SO tu utk singkatan for Suami Orang...

RINDU SAAT DULU.......

tgk dari tarikh pada pic pun dah tau ni pic lame kan..saje nak mengimbau kenangan lame seh..rindu sangat pada zaman ni..zaman kegembiraan...mase ni ade geng2 n kawan2 yang hepening bangat..rindu la kat dorang..ade yang dah kawin..ade yang masih single..cth terdekat aku la....heheheh....

mood : dorang ingat aku jugak tak???